MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sertai Kejohanan Wanita MLBB Gladiatrix Cup 2022

ai hyprgame
Kongsi
Sertai Kejohanan Wanita MLBB Gladiatrix Cup 2022

Berita baik pun pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB Wanita! Pendaftaran bagi Kejohanan Wanita MLBB Gladiatrix Cup 2022 telah dibuka dan menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak RM20,000.

Acara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura yang berminat untuk mengetengahkan bakat mereka ke persada dunia dan antarabangsa.

Jika Mobile Legends Profesional League MPL diwujudkan dan dipertandingkan didominasi oleh lelaki, Gladiatrix Cup 2022 pula khas diwujudkan bagi pemain wanita MLBB. Kejohanan julung kalinya ini akan bermula pada 8 Disember 2022 dan dianjurkan oleh eGG Network yang merupakan saluran esukan Asia Tenggara dan Australia.

Mereka yang bersaing didalam kejohanan ini akan berpeluang untuk menjadi dua pasukan terbaik yang akan melayakkan diri ke MLBB Women Invitational 2023

Kejohanan MLBB Wanita ini akan dibahagikan kepada Group Stage Qualifier (Peringkat Kelayakkan Berkumpulan), Dan Playoffs. Untuk Group Stage Qualifier akan berlangsung pada 8 Disember sehingga 11 Disember 2022. Manakala peringkat Playoffs pula pada 16 Disember sehingga 18 Disember 2022.

Mode perlawanan ini akan diadakan secara dalam talian (online) dan terbuka secara percuma daripada 30 November 2022 sehingga 6 Disember 2022 ini.

Jadi apa tunggu lagi? Rebutlah peluang ini untuk beraksi di pentas esukan kompetetif. Daftar sekarang di laman sesawang eGG Network dan ikuti arahan selanjutnya. Bagi yang ingin menonton acara ini nanti boleh singgah ke Live Facebook, TikTok, eGG Network CH800 Astro dan Sooka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *