MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SoNNeikO Sertai RAMZES66 Bina Pasukan Baharu?

ai hyprgame
Kongsi
SoNNeikO Sertai RAMZES66 Bina Pasukan Baharu?

Dengan tarikh akhir Roster yang sudah semakin hampir, Penukaran Roster sudah pun dimulai dengan peningkatan daripada wilayah Eropah Timur. Pengurus Team Spirit iaitu Dmitry Belov (Korb3n) turut berbual tentang kemungkinan pasukan baharu daripada wilayah tersebut akan ditubuhkan tidak lama lagi dan Akbar Butaev atau sering disapa sebagai SoNNeikO akan menjadi ketua pasukan.

Bintang campuran Rusia dan Uzbekistan ini telah menyertai BetBoom Team pada April 2022 sehinggalah November 2022 sekaligus melayakkan diri ke The International 2022 TI11 setelah pasukan ini menamatkan perlawanan di Top 8 ketika acara Stockholm Major. Walaubagaimanapun prestasi BetBoom jatuh menjunam ketika di babak berkumpulan TI11 sehingga meletakkan diri mereka di 4 pasukan terendah.

Terdapat khabar angin di media sosial tentang Roster yang akan dibina di EEU Region mengatakan yang SoNNeikO akan membina pasukan baharu kerana dia berjaya mengekalkan bekas pasukannya daripada slot DPC untuk berjuang di musim hadapan nanti.

Tambahan lagi, Ada juga khabar angin yang mengatakan RAMZES666 berkemungkinan akan menyertai SoNNeikO setelah menamatkan kerjasama bersama pasukan lamanya sebagai Carry Player di Virtus.pro.

“Rumor has it RAMZES and SoNNeikO might play together. What can I say? I heard this information. So, most likely, true.” 

” Terdengar khabar angin yang Ramzes dan SoNNeikO kemungkinan akan bermain didalam satu pasukan. Apa saya boleh katakan? Saya mendengar maklumat tersebut. Jadi ianya banyak kebenarannya.” Jelas Korb3n.

Selain itu duo tersebut akan bersama dengan Vladimir Nikogosian (RodjER) dan Midlaner Maxim Afanasyev (re1b1) bagi pasukan di musim baharu tang akan tiba tidak lama lagi.

Setakat ini belum ada lagi sebarang pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak tentang khabar angin ini. Tambahan lagi pemain ke-5 bagi pasukan baharu ini belum diumumkan dan masih mempunyai kekosongan disitu.

Sama-samalah kita menunggu pengumuman rasmi daripada mereka di media sosial tentang pasukan atau Roster baharu bagi musim hadapan nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *