MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Gringos Esports MY, Alter Ego ID Juarai SEACA MAJOR 2022

ai hyprgame
Kongsi
Gringos Esports MY, Alter Ego ID Juarai SEACA MAJOR 2022

Acara SEACA Major yang telah berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu 26 November sehinggalah Ahad 27 November 2022 ini mengetengahkan kebolehan permainan maya iaitu PUBG Mobile daripada 33 pasukan esukan di Asia Tenggara.

Selama 2 hari pertarungan, The Gringo Esports yang mewakili Malaysia telah merangkul gelaran juara bagi kategori terbuka dan telah meninggalkan 15 lagi pasukan terbaik di belakang mereka. Pasukan Malaysia ini berjaya meraih jumlah terkumpul sebanyak 232 mata kemenangan dan 7 kali WWCD sepanjang 2 hari SEACA Major Public berlangsung. Prestasi Gringo Esports ini konsisten dan cemerlangan sejak hari pertama lagi sehingga mendominasi sehingga permainan tamat.

Kredit : The Dringos Esports

Selain Gringo Esports, Pasukan Indonesia iaitu Alter Ego Dione berjaya menjuarai UniPin SEACA Major bagi kategori ladies sekaligus meraih mata sebanyak 274. Mereka menjadi pasukan pertama Indonesia yang menjuarai kategori ladies ini di peringkat SEACA Major. Alter Ego Dione merupakan pasukan PUBG Mobile wanita dibawah organisasi Alter Ego Esports yang berpengkalan di Indonesia sebagao organisasi Multi-Gaming. Terkini Roster mereka dibarisi oleh Jocelyn Tania ( Lynne ), Nadasyifa Adelia (Mylo), Ofvin Geananda (Ghea), Dan Femiliana Paron (Fepar).

Untuk pengetahuan anda, Southeast Asia Cyber Arena 2022: Major Public atau singkatan SEACA Major Public 2022 merupakan perlawanan (Tournament) PUBG Mobile di SEA yang dianjurkan oleh UniPin. Bagi SEACA MAJOR PUBLIC 2022 (Kategori Terbuka) telah diadakan selama 2 hari sehingga 27 November 2022.

Ketika di peringkat SEACA MAJOR 2021, hanya satu daripada kategori public dan ladies sahaja akan menjadi pemenang. 16 pasukan daripada kategori public yang bersaing ini adalah daripada 5 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dam Thailand.

Hasil kemenangan The Gringos Esports di SEACA MAJOR PUBLIC 2022 ini, Mereka berjaya membawa pulang hadiah sebanyak $2,000 USD daripada Prize Pool keseluruhan UniPin SEACA sebanyak $33,000 USD. Malahan pemain mereka iaitu Gooby telah dinobatkan sebagai MVP sekaligus membawa pulang $200 USD.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *