MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Roster ZOL Esports Hadirkan Iya4knu Dan Vrendon

ai hyprgame
Kongsi
Roster ZOL Esports Hadirkan Iya4knu Dan Vrendon

Pasukan Amatur Mobile Legends Bang Bang MLBB, ZOL Esports kini telah mengumumkan penyerapan Joshwell Manaog (ly4knu), Dan juga jurulatih Vrendon Lin (Vren) didalam divisi ini. Vren merupakan bekas jurulatih kepada pasukan Bigetron Alpha yang telah berkhidmat selama satu musim sebelum dia dilepaskan daripada divisi tersebut.

Pencapaian Vren adalah ketika dia berjaya membawa Bigetron Alpha berada dikedudukan Ke-4 di Mobile Legends Profesional League (MPL) Indonesia (ID) musim Ke-10 baru-baru ini. Manakala ly4knu pula adalah bekas pemain pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB daripada Mongolia iaitu Positive Gaming. Dia merupakan pemain senior yang juga pernah bermain didalam pasukan High Gaming didalam MPL PH (Philipines) musim Ke-4 sebelum menyambung kariernya lagi di pentas profesional bersama pelbagai pasukan sehinggalah pada musim yang Ke-8.

Pengumuman ZOL Esports yang telah menandatangi kerjasama secara rasminya bersama dua senior MLBB ini diumumkan menerusi akau media sosial rasmi mereka pada 27 November 2022 yang lalu.

“Today, we officially welcome Coach Vrendon to our fam! Another great addition to the squad. Welcome to the ZOL squad Coach Vrendon!!!,” the first post captioned.

” Hari ini, Kami rasminya mengucapkan selamat datang kepada Jurulatih Vrendon ke dalam keluarga kami! Satu lagi penambahan yang baik didalam skuad ini. Selamat datang ke skuad ZOL Jurulatih Vrendon!!!.” Tulis ZOL Esports didalam kapsyen pertama.

Pengalaman pertama Vren didalam kariernya di arena esukan kompetetif ini adalah ketika menyertai TNC Pro Team pada 11 Januari 2022 sehingga bertahan di musim Ke-9, Vren mula meneroka peluang baharu selepas meninggalkan TNC Pro Team pada Mei lalu. Kemudian setelah menyertai Bigetron Alpha selama satu musim, Vren pulang ke Filipina dan menyertai ZOL Esports pula.

Tidak lama selepas pengumuman Vren didalam divisi ZOL Esports ini, Ly4knu yang juga merupakan pemain veteran MLBB turut dikhabarkan menyertai skuad ini.

“MPL Veteran. Proven pro player. Iy4knu joins the squad. Welcome to the ZOL fam, Iy4knu!,” the post captioned.

” Veteran MPL, Pemain Profesional. Ly4knu menyertai skuad. Selamat datang ke keluarga ZOL, Ly4knu!,” Tulis di kapsyen.

Ly4knu merupakan pemain paling ikonik veteran didalam arena MPL PH juga dikenali sebagai “Kingslayer” dan telah bermain dengan ramai pasukan hebat seperti ONIC PH dan RSG PH.

Dunia MLBB PH pastinya akan kelihatan menarik selepas ini apabila dua orang bintang MLBB ini akan membantu ZOL Esports untuk mendominasi pada musim hadapan nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya