MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Xnova, Xepher, Dan Natsumi Sempurnakan Boom Esports

ai hyprgame
Kongsi
Xnova, Xepher, Dan Natsumi Sempurnakan Boom Esports

Seketika berteki-teki tentang barisan baharu Roster Boom Esports bagi DPC 2022/2023, Kini Boom Esports telah mengumumkan Roster rasmi mereka yang kini dibarisi oleh Yap Jian Wei (xNova), John Vargas (Natsumi), Kenny Deo (Xepher).

Kredit : Boom Esports

Selepas 3 hari Boom Esports melepaskan dua orang pemain mereka iaitu Rolen Ong (Skem) yang berperanan sebagai Kapten, Souliya Khoomphetsavong (Jackky) yang berperanan sebagai (Carry), Dan seorang lagi pemain mereka iaitu Timothy Randrup (TIMS), Boom Esports akhirnya berjaya mendapatkan pengganti posisi kesemua pemain mereka yang terdahulu.

Nampaknya kali ini, Boom Esports benar-benar serius untuk mendominasi kejohanan musim baharu nanti setelah mereka hanya menamatkan The International 2022 di kedudukan Ke-7 sekaligus meraih mata 1482 DPC Ranking.

Mereka bertahan di “Three-Way Breaker” untuk sampai ke babak TI11 Playoffs dan menghantar pasukan lawan pulang awal ketika perlawanan tersebut. Tetapi mereka hilang momentun setelah ditewaskan oleh PSG.LGD dengan 2-0.

Ketiga-tiga pemain yang mengisi kekosongan ini akan berjuang bersama dua lagi pemain Boom Esports iaitu Erin Jasper Ferrer (Yopaj) dan Saieful Ilham (Fbz) bagi musim baharu 2023 ini.

Pastinya lineup yang dikemaskini ini akan memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lagi bagi DPC 2023 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *