MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Top 1, Permulaan Yang Baik Buat Geek Fam

ai hyprgame
Kongsi
Top 1, Permulaan Yang Baik Buat Geek Fam

Perlawanan pertama kumpulan kuning di PUBG Mobile Global Championship 2022 nampaknya menyebelahi pasukan Malaysia apabila Geek Fam berjaya berada dikedudukan Top 1 Overall Ranking semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Wakil Malaysia ini semalam berjaya meraih 51 Elims, WWCD dan Total Points sebanyak 92. Ini bermakna jumlah points yang diperolehi Geek Fam hampir menyamai jumlah points pasukan lain selama 4 hari pertarungan. Berbeza dengan Geek Fam yang hampir sahaja membolot 100 mata didalam mata 1 hari sahaja.

Untuk pengetahuan, Geek Fam juga hampir memungut lagi 3 angka semasa di match terakhir bertembung dengan 4am. Walaubagaimanapun tuah tidak memihak kepada mereka semalam untuk mendapatkan 100 mata penuh ataupun lebih.

Ini merupakan prestasi dan permulaan yang amat baik buat Geek Fam bagi perlawanan di kumpulan kuning PMGC 2022 ini. Dengan kills sebanyak 51 mereka berjaya meninggalkan pasukan-pasukan lain.

Manakala kedudukan Top 2 pula diraih oleh pasukan Geekay Esports dengan 29 Elims, Double WWCD, dan Points sebanyak 83. Walaupun tidak berjaya meraih sebarang WWCD, Pasukan T2K boleh dikatakan konsisten kerana berjaya meletakan diri mereka di kedudukan Top 3 Overlall Ranking kumpulan kuning semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Selain Geek Fam, Geekay Esports dan T2K, Beberapa pasukan terbaik seperti TEM Entertainment, FaZe Clan, GENESIS DOGMA GIDS, D’Xavier, Vivo Keyd, Furious Gaming, TEAM FALCONS, IHC ESPORTS, BESIKTAS ESPORTS, GAME-LORD, NS RedForce, Four Angry, Dan MenREJECT juga akan bersaing bersama-sama untuk meraih 3 pasukan Top ke Finals nanti.

Walaupun Geek Fam kini berada dikedudukan selamat, Mereka tetap tidak boleh terlalu selesa kerana jika kita putar semula pasukan HVVP yang konsisten 3 hari berturut-turut di Top 1 semasa perlawanan minggu juga jatuh menjunam ketika di hari terakhir perlawanan.

Geek Fam perlu konsisten dan fokus supaya prestasi baik ini dapat dikekalkan sehingga hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan ini. Strategi permainan harus dipertingkatkan kerana rotasi Geek Fam mungkin telah dihidu oleh pihak lawan bagi perlawanan seterusnya nanti. Semoga Malaysia terus bersinar ! GG dan Good Luck Geek Fam!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *