MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sertai Dingoz Master Cup Sempena MYDF !

ai hyprgame
Kongsi
Sertai Dingoz Master Cup Sempena MYDF !
Kredit : Dingoz Esports

Dingoz esports, Sebuah organisasi esukan di Malaysia yang aktif didalam divisi PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Digital Economy Corporation bagi acara perlawanan Dingoz Master Cup.

Dingoz Master Cup ini akan diadakan secara Offline bertempat di Strand Mall Kota Damansara pada 16 Disember sehingga 18 Disember 2022 ini.

Acara yang berlangsung selama 3 hari ini akan terbahagai kepada 4 peringkat iaitu perlawanan di peringkat kelayakan (Qualifier), kelayakan kedua (Qualifier 2), Suku Akhir (Semi Final), Dan Akhir (Final). Bagi peringkat kelayakan (Qualifier) akan diadakan secara atas talian (Online). Manakala kelayakan kedua (Qualifier 2), Suka Akhir (Semi Final), Dan Akhir (Final) pula diadakan secara offline.

Perlawanan ini terbuka kepada 512 penyertaan pasukan sahaja dan semua peringkat umur. Untuk pengetauan anda, Hanya 6 pasukan teratas daripada setipa kumpulan peringkat separuh akhir akan layak meneruskan permainan ke peringkat akhir nanti. Lebih menarik lago 2 pasukan jemputan iaitu Dingoz Esports dan Xavier dan 2 pasukan daripada “Wildcard” akan bersaing di Finals nanti.

Jadi apa tunggu lagi? Inilah peluang anda untuk menonjolkan diri dan bakat didalam arena esukan PUBG Mobile ini sekaligus duduk satu pentas bersama pasukan profesional seperti Dingoz Esports dan Xavier. Peserta akan merebut Prize Pool terkumpul yang ditawarkan sebanyak RM 15,000.

Bagi yang berminat anda boleh mengisi borang pernyetaan dengan butiran lengkap menerusi pautan yang ada boleh klik di media sosial Dingoz Esports. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20 sahaja. Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perlawanan, buku peraturan dan lain-lain lagi anda boleh rujuk di borang penyertaan yang dilampirkan di Google Form tersebut.

Kejohanan Dingoz Master Cup ini adalah bersempena dengan Malaysia Digital Content Festival yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Disember 2022 ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre KLCC nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *