MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Esukan Olimpik Di Singapura Pada Jun 2023

ai hyprgame
Kongsi
Esukan Olimpik Di Singapura Pada Jun 2023

Berikutan perkembangan esukan seiring Olimpik yang telah bersaingn secara kompetetif, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa IOC telah mengumumkan secara rasminya akan perasmian Minggu Esukan Olimpik berlangsung di Singapura pada 22 Jun dan 25 Jun

Kredit : IOC

Ini menjadi tanda kepada sokongan kepada kemajuan sukan maya yang kini melangkah satu tapak lagi seiring dengan gerakan Olimpik dan menuju kearah permainan kompetetif.

Dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Sukan Singapura dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura atau Singapore National Olympic Committee (SNOC), Minggu esukan Olimpik ini akan mempertontonkan pelbagai sukan maya terbaik.

Kategori esukan ini akan terbahagi kepada Fizikal Hibrid (Hybrid Physical) dan Sukan Simulasi (Simulated Sports) yang berlangsung selama 4 hari festival bertemankan pameran terkini teknologi, panel perbincangan (Panel Discussions), sesi pendidikan dan perlawanan atau tournaments.

Fizikal Hybrid (Hybrid Physical) merupakan sukan yang menggabungkan dua atau lebih sukan lain mencipta sukan baharu atau membolehkan persaingan terbaik diantara pemain dan sukan itu sendiri. Contoh Hybric Sports adalah seperti Chess Boxing, Cycle Ball, Disc Golf, Tennis Polo, SlamBall dan banyak lagi.

Manakala Sukan Simulasi (Simulated Sports) adalah lebih kepada jenis permainan yang direka untuk meniru aktiviti yang anda lihat didunia yang nyata. Kebiasaanya, Simulated Games atau Simulated Sports ini adalah bertujuan untuk mengajarkan kita sesuatu tentang permainan tersebut. Ianya akan membantu menambahkan kebolehan “skill” kepada pemula (beginner) untuk tahu lebih mendalam dan praktikal tentang permainan tersebut. Didalam kata lain, Simulated Sports juga adalah nama lain bagi Virtual Sports yang contohnya seperti Berbasikal (Cycling), Larian (Running), Perlumbaan kereta (Car Racing), Golf, Biathlon, Ski, dan Tenis

Kemuncak acara ini akan dimeriahkan dengan pusingan akhir siri E-sukan Olimpik secara langsung yang merangkumi simulasi perlawanan sukan global di alam maya bagi meneruskan kejayaan Siri Olimpik Maya seperti di tahun lalu.

Siri yang berlangsung pada 2021 telah menarik lebih 250,000 peserta daripada 100 buah negara untuk bersaing secra virtual dan simulasi sukan termasuk baseball, motosikal, berbasikal, rowing dan pelayaran.

“The first Olympic Esports Week marks an important milestone in our ambition to support the growth of virtual sports within the Olympic Movement. We believe the exciting new format of our virtual sports competition, with live finals to be staged for the first time, is an opportunity to collaborate further with esports players and to create new opportunities for players and fans alike. It is a perfect opportunity to be partnering with Singapore, which has a history of supporting innovation in the Olympic Movement, hosting the inaugural Youth Olympic Games in 2010, so we are looking forward to working together closely.” – Presiden IOC Thomas Bach ( menerusi sumber berita.mediacorp.sg, dan timesnownews.com).

“Minggu esukan Olimpik ini merupakan pencapaian kepada cita-cita kami untuk menyokonh pembangunan sukan maya didalam Gerakan Olimpik “Olympic Movement”. Kami percaya format baharu yang mengujakan bagai perlawanan sukan maya ini dengan Live Finals pertama ini adalah peluang untuk berkolaborasi dengan pemain esukan kompetetif ini. Tambahan lagi ianya akan membuka peluang baharu kepada pemain mahupun peminat nanti. Inilah peluang sempurna untuk bekerjasam dengan Singapura yang mempunyai sejarah menyokong inovasi Gerakan Olimpik ketika di Youth Olympic Games YOG 2010, Jadi kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan erat.” – Presiden IOC Thomas Bach

Malahan ahli lembaga SNOC dan Naib Presiden IOC juga menyatakan yang NOC Singapura berkongsi cita-cita yang sama dengan Gerakan Olimpik (Olympic Movement) untuk meneroka kemajuan sukan maya. Tambahan lagi, Singapura juga telah banyak menganjurkan acara besar sukan maya dan kalendar esukan (esports calendar). Bagi Singapura ianya adalah suatu penghormatan apabila boleh berkolaborasi dengan ICO bagi menghidupkan visi ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *