MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RSG Buka Pengambilan Baharu Sertai Skuad

ai hyprgame
Kongsi
RSG Buka Pengambilan Baharu Sertai Skuad

Organisasi dan pasukan esukan kompetetif RSG Malaysia kini telah mengumumkan pengambilan terbuka (Open Recruitment) kepada mereka yang berminat untuk menyertai skuad RSG MY bagi kejohanan yang bakal mendatang.

RSG Malaysia mengumumkan yang mereka kini sedang mencari pemain, penganalis atau pembantu jurulatih bagi menyertai skuad mereka. Jika ada mempunyai macro dan mekanikal yang baik sebagai seorang pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB, Inilah peluang untuk anda menunjukkan kebolehan serta kemampuan didalam arena esukan kompetetif ini.

Kredit : RSG MY

Pastinya untuk menjadi sebahagian daripada skuad RSG MY,Mental yang kuat dan tidak mudah putus asa akan menjadi salah satu kunci kejayaan kepada persembahan yang baik. Malahan disiplin juga perlu ada bagi mencapai objektif pasukan.

Jika anda seorang yang gemarkan penelitian dan suka menganalis strategi permainan di Mobile Legends Bang Bang, Inilah masanya untuk anda mengembangkan lagi pengetahuan Meta di Land Of Dawn sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan untuk mencapai kemenangan nanti.

Siapa tahu, Mungkin anda antara salah seorang yang akan menemani Coach Kuja memperjuangkan RSG MY nanti! Selain Malaysia, Jawatan ini adalah terbuka kepada semua pemain yang datang daripada Indonesia, Singapura dan juga Filipina.

Kepada yang berminat untuk menyertai skuad RSG MY bagi musim 2023 yang bakal tiba nanti, Anda boleh klik kpada pautan yang telah disediakan menerusi muatnaik pengumuman ini di Facebook RSG MY dan mengisi maklumat biodata terperinci anda.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *