MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Gabbi, kpii Sertai Roster Dota 2 Fnatic ?

ai hyprgame
Kongsi
Gabbi, kpii Sertai Roster Dota 2 Fnatic ?

Dikhabarkan yang Fnatic telah merancang untuk mengambil Damien Sau-jing (kpii) dan Kim Santos (Gabbi) sebagai Roster baharu mereka di DPC 2023.

Sumber One Esports mengkhabarkan yang dua agent daripada Asia Tenggara ini berkemungkinan akan menggantikan temoat Marc Fausto (Raven) dan Anucha Jirawong (Jabz) yang telah dilepaskan setelah tamatnya The International TI 2022.

Marc semasa bersama dengan Fnatic telah memegang peranan sebagai Carry, Manakala Jabz pula berperanan sebagai Offlaner ketika berjuang bersama Fnatic.

Jika benar Gabbi akan menyertai Fnatic nanti, Ini merupakan satu peluang dimana dia akan kembali bersatu dengan ahli pasukan lamanya daripada TNC Predator iaitu Armel Tabios (Armel). Malahan Gabbi juga akan dipertemukan dengan pemain daripada Filipina iaitu Djardel Mampusti (DJ) dan Jaunuel Arcilla (Jaunuel).

Kredit : Fnatic

Untuk pengetahuan anda, Team Fnatic berhasil mendapatkan kedudukan di 13-16 Ranking ketika perlawanan The International. Oleh yang demikian mereka ingin melakukan yang terbaik dan bangkit pada musim hadapan pula dengan melakukan perubahan kepada Roster ini. Selain Raven dan Jabz, Lee Jeong-Jae (SunBhie) juga telah dilepaskan pada 4 November 2022 lalu daripada pasukan ini.

Gabbi sepertinya akan mengambil alih tugas sebagai Carry kepada pasukan ini, Manakala kpii berkemungkinan akan bermain sebagai Offlaner seperti yang dia lakukan sebelumnya ketika bersama Talon Esports. Walaubagaimanapun dia juga mungkin boleh menjadi jurulatih kepada pasukan ini seperti klu yang dia sendiri tulis di akaun Twitter miliknya.

Kredit : Kpii

Sepanjang bermain dengan TNC Predator, Dua bintang Dota 2 ini telah berjaya meraih dua kali kemenangan di acara ESL ONe Hamburg 2019 dan MDL Chengdu Major 2019.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *