MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi Bersama Neymar Untuk Skin Bruno Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Bersama Neymar Untuk Skin Bruno Baharu

Jika PUBG Mobile berkolaborasi dengan Messi, Mobile Legends Bang Bang MLBB juga tidak ingin melepaskan peluang untuk berkolaborasi dengan pemain bola sepak Brazil iaitu Neymar Jr bagi pelancaran skin baharu Bruno di Land of Dawn.

Kredit : Mobile Legends Bang Bang

Menerusi previu di akaun media sosial Mobile Legends Bang Bang MLBB, Pemain akan menikmati kolaborasi ini dengan menggunakan skin Neymar Jr bermula pada 19 November sehingga 18 Disember 2022 dibawah acara “Root for Neymar Jr. “

Terdapat pelbagai ganjaran yang akan dinikmati oleh pengguna Mobile Legends Bang Bang menerusi acara ini termasuklah emote dengan tandatangan Neymar, hadiah ekslusif, jersi dan lain-lain lagi apabila anda mendapatkan skor ketika bermain.

Untuk pengetahuan anda, Bermula 20 November ini pemain berpeluang untuk mendapatkan skin epik Bruno “Halo Striker” sekaligus menyertai Football Carnival dengan peta yang bertemakan Bola Sepak bermula 21 November sehingga 29 November 2022 ini.

Anda juga berpeluang untuk menebus hadiah, efek khas daripada tema acara ini bermla 17 Disember sehingga 19 Disember 2022. Ayuh saksikan video acara ini yang telah dimuatnaik oleh Mobile Legends Bang Bang MLBB di Youtube untuk anda melihat lebih terperinci lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *