MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

BRU, INF Dan S2G Ke GF PMGC 2022

ai hyprgame
Kongsi
BRU, INF Dan S2G Ke GF PMGC 2022

Semalam berakhirnya perlawanan pasukan-pasukan di kumpulan merah PMGC 2022, Salah satu pasukan SEA daripada Thailand iaitu Buriram United Esports berjaya meraih 300 Total Points, 131 Elims, dan 4 kali WWCD di Overall Ranking hari ke-4 perlawanan.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Manakala pasukan Brazil iaitu Chemin Influence yang berada di tangga Top 1 selama 3 hari berturut-turut akhirnya ditolak ke Top 2 oleh legasi Thailand itu. Walaubagaimanapun Influence Chemin tetap berjaya menamatkan perlawanan semalam dengan baik apabila meraih lebih 200 Total Points, 4 kali WWCD, dan 137 Elims. Malahan mereka juga akan mara ke Grand Finals PMGC 2022 menemani pasukan Buriram United Esports daripada Thailand.

SG2 berjaya berada di kedudukan selamat Overall Ranking semalam apabila berada di Top 3 dengan 257 Total Points, 4 kali WWCD, dan 133 jumlah mata singkiran. Mereka berjaya merampas slot terakhir ke Grand Finals PMGC 2022 setelah pergelutan dengan pasukan LGD di pusingan terakhir semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Bagi anda yang masih belum mengetahui, Hanya 3 pasukan teratas daripada setiap kumpulan yang bersaing akan mara ke peringkat Grand Finals PMGC 2022. Manakala pasukan yang berada di kedudukan Top 4 sehingga Top 11 akan berjuang sekali lagi untuk mendapatkan peluang kedua kedua ke PMGC 2022.

Walaupun prestasi 4Rivals yang mewakili Malaysia semakin meningkat sepanjang 3 hari PMGC berlangsung, Mereka akhirnya terpaksa akur dengan kedudukan mereka di Top 8 pada hari ke-4 semalam dan harus meneruskan perjuangan mereka seterusnya di Survival Stage pula. Semoga mereka akan melakukan yang terbaik di peringkat Survival ini sekaligus melayakkan diri untuk mara ke GF PMGC 2022.

Selain 4Rivals, Survival Stage ini juga akan memperlihatkan LGD Gaming daripada China, AGONxi8 Esports (Agi8) daripada Pakistan, DRS Gaming daripada Nepal, Bigetron Red Aliens (BTR) daripada Indonesia, Titan Gaming (TITN) daripada Kazakhstan, Nigma Galaxy (NGX), Dan Box Gaming daripada Vietnam diberikan peluang untuk bersaing sekali lagi mendapatkan peluang ke Grand Finals PMGC 2022.

Oleh yang demikian pasukan yang berada di Survival Stage ini perlu mengelak daripada menduduki kedudukan 8 pasukan terakhir dan mara ke peringkat Last Chance, Di mana mereka boleh bertanding untuk 4 slot yang terakhir ke PMGC Finals!

Seterusnya kita akan nantikan aksi daripada kumpulan hijau pula di Group Stage PMGC 2022. Apakah Yoodo Alliance YALL akan terus mara ke Grand Finals PMGC 2022? Nantikan!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĆ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *