MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Influence Chemin Konsisten Top 1 PMGC

ai hyprgame
Kongsi
Influence Chemin Konsisten Top 1 PMGC

Bermula daripada babak pertama di PUBG Mobile Global Championship PMGC pasukan Influence Chemin (INF) terus melangkah laju ke Top 1 di Overall Ranking bagi kumpulan merah.

Semalam di hari ke-3 PMGC perlawan kumpulan merah, Kedudukan INF masih lagi konsisten di Top 1 dengan meraih 113 Elims, Triple WWCD dan Total Points sebanyak 235. Ini bermakna mereka telah mendapat lebih 200 mata didalam sehari sahaja melangkaui pasukan-pasukan hebat yang lain.

Pasukan ini juga sempat menduduki Top 3 selepas Back to Back Chicken Dinner dan berhadapan dengan pasukan dareaipada Chinan iaitu LGD.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Nampaknya salah satu wakil daripada Thailand terus melonjak nak ke Top 2 selepas menduduki di tangga Top 9 pada awalnya. Pasukan Buriram Esports ini hanya berbeza 2 mata sahaja daripada pasukan Brazil yang berada di Top 1. Malahan mereka juga turut meraih Triple WWCD dengan 104 jumlah mata singkiran, dan Total Points sebanyak 233 di Overall Ranking PUBG Mobile Global Championship PMGC semalam.

Masih tinggal berbaki hari ini sahaja lagi bagi kumpulan merah untuk membuktikan siapakah yang selayaknya akan mara ke Finals nanti. Adakah pasukan Malaysia 4Rivals yang kini berada di Top 9 carta PMGC masih mempunyai peluang untuk berada di kedudukan tertinggi? Bagaimana pula nasib juara online PMPL SEA Fall 2022 The Infinity untuk kembali ke Top 1 di babak online PMGC ini?

Berbeza di hari pertama PMGC, Pasukan Nigma Galaxy jauh jatuh menjunam daripada kedudukan Top 2 ke Top 10. Mampukah pasukan ini kembali ke posisi selamat di PMGC hari ke-4 kumpulan meraha hari ini ? Kita sakisikkan nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *