MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi INF Dan NGX Hari Pertama

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi INF Dan NGX Hari Pertama

PMGC PUBG Mobile Global Championship telah memulakan pentasnya semalam 10 November 2022 dengan menyaksikan 16 pasukan daripada kumpulan merah bersaing secara sengit untuk melayakan diri ke PMGC Finals di Jakarta, Indonesia.

Dominasi INF Dan NGX Hari Pertama
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Diantara 16 pasukan yang tersenarai untuk bersaing sesama mereka didalam kumpulan merah ini adalah terdiri daripada Buriram United Esport, The Infinity, Bigetron Red Aliens, 4RIVALS, BOX GAMING, Influence Chemin, Team Queso, R8 ESPORTS, Nigma Galaxy
Titan Gaming, DRS Gaming, Agonxi8 Esports, S2G Esports, MadBulls, emTek StormX, dan juga LGD GAMING.

Kesemua 16 pasukan yang bertanding di kumpulan merah ini datang daripada pelbagai wilayah dunia PUBG Mobile, Mereka akan menghadapi cabaran di Match 1 : Erangel, Match 2 : Miramar, Match 3 : Sanhok, Match 4 : Erangel, Match 5 : Miramar dan Match 6 : Erangel.

Pasukan yang mungkin dipandang mudah oleh sesetengah warganet iaitu Influence Chemin dan Nigma Galaxy berjaya menguasai carta tertinggi hari pertama PMGC 2022. Masing-masing berada di Top 1 dan Top 2 sehingga mampu menolak Raja Online Thailand The Infinity yang menjuarai PMPL SEA Fall baru-baru ini jauh ke belakang.

Kredit : Influence Rage

Influence Chemin Esports merupakan organisasi esukan daripada Amerika Selatan yang berkolaborasi dengan Chemin Esports daripada India dan Influence Rage daripada Brazil. Pasukan ini berjaya menduduki Top 1 semalam dengan 43 Elims, WWCD, dan jumlah mata sebanyak 97.

Manakala pasukan yang berada di Top 2 iaitu Nigma Galaxy berjaya meraih 33 Elims, WWCD, Dan kutipan mata sebanyak 83 di Overall Ranking semalam.

Kredit : Nigma Galaxy

Nigma Galaxy merupakan organisasi esukan daripada UAE yang mengembangkan 10 Roster antarabangsa mereka di 22 negara ini bukanlah saingan yang boleh dipandang mudah oleh lawan mereka. Ini kerana mereka sudah berada di arena esukan kempetetif ini sejak 2019 dengan meraih pelbagai pengalaman tidak hanya PUBG Mobile sahaja, Malahan CS:GO, LoL, Dota 2, CODM, Rocket League dan juga Fortnite.

Cabaran buat pasukan SEA tersangatlah sengit apabila Box Gaming akhirnya berjaya menduduki Top 6 sekaligu meraih WWCD semalam. Manakala satu lagi pasukan daripada Thailand iaitu Buriram United (BRU) tidak mampu mengekalkan kedudukan mereka di Top 2 yang diraih sebanyak 2 kali semalam apabila akhirnya ditolak ke Top 5.

Kedudukan pasukan Malaysia iaitu 4Rivals agak membimbangkan kerana jatuh menjunam di tangga 12 semalam selepas penca[ain terbaik mereka di Match 1 pada awalnya.

Harus diingatkan yang hanya Top 3 sahaja akan ke peringkat seterusnya, Walaubagaimanapun mereka yang berada di Top 4 sehingga Top 11 akan menduduki peringkat survival stage pula dan diberi kesempatan untuk mencuba sekali lagi.

Ini kerana maklamat utama mereka adalah untuk mengelak daripada menduduki kedudukan 8 pasukan terakhir dan sekaligus mara ke peringkat Last Chance, Kemudian bertanding untuk 4 slot yang terakhir ke PMGC Finals!

Ini baru hari pertama, Apakah pasukan-pasukan yang berada di tangga rendah termasuk wakil Malaysia 4Rivals ini akan reset semula dan mengejar lawan mereka? Kita saksikan perlawanan kedua hari ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *