MEMUAT

Taip untuk mencari

Riot Terbit LoL Di SEA Januari 2023

ai hyprgame
Kongsi
Riot Terbit LoL Di SEA Januari 2023

Berada dibawah Garena sepanjang 12 tahun ini, Riot Games semakin pesat membangun menjadi organisasi yang membangunkan permainan maya bagi penggemar permainan. Terkini Riot Games melangkah satu tapak lagi dengan menerbitkan sendiri LoL League of Legends dan juga Teamfight Tactics diseluruh SEA (Southeast Asia),Asia Tenggara termasuklah Malaysi pada Januari 2023 ini.

Kredit :LifeAtRiot

“League of Legends & Teamfight Tactics will be published by Riot Games for the first time in Southeast Asia, starting this January.” – Riot Games

“League of Legends Dan Teamfight akan diterbitkan sendiri oleh Riot Games buat pertama kalinya di Asia Tenggara yang akan bermula pada Januari 2023 ini. ” – Riot Games

Menurut Riot Games, Mereka akan menerbitkan LoL dan Teamfight di Asia Tenggara yang meliputi Filipina, Malaysia, Singapura, Taiwan , Hong Kong, Macau, Thailand dan Vietnam sebaik sahaja kontrak bersama Garena tamat.

Kredit : League of Legends

Sepanjang kerjasama Riot Games dan Garena dahulu, Garena telah banyak membantu bagi mengembangkan komuniti League of Legends dan memberikan peranan penting didalam pembangunan kolaborasi ini. Kerjasama ini banyak memberikan Riot Games tumpuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pemain di seluruh dunia terutamanya di rantau Asia Pasifik ini.

Versi baharu ini akan memastikan pemain di Asia Tenggara merasai pengalaman seperti orang lain yang bermain permanainan Rot Games di seluruh dunia. Malahan Riot Games juga telah menerbitkan sendiri permainan kompetetif online seperti Valorant, Legends of Runaterra, Dan Wild Rift di Asia Pasifik.

Untuk pengetahuan anda, Pemain yang melengkapkan pengalihan akaun mereka akan menerima ganjaran Suite In-Game sekaligus menikmati pelbagai acara meraikan pelancaran ini. Malahan pelbagai aktiviti akan diadakan oleh Riot Games yang membolehkan pemain untuk mendapatkan ganjaran setelah menyelesaikan misi.

Bagi anda yang ingin tahu lebih terperinci berkenaaan peralihan akaun ini, Semuanya boleh dirujuk menerusi pautan atau website Account Migration Micrisite League of Legends yang telah tersedia sejak 18 Oktober 2022. Adalah disyorkan kepada pemain untuk memautkan (link)akaun mereka secepat yang mungkin bagi mengelakkan kehilangan data.

Pemain yang berada di Asia Tenggara tetapi bermain menggunakan server yang luar daripada region juga boleh menukar akaun mereka kepada server SEA. Ini membolehkan semua data termasuk Champion Mastery, Loot Inventory, In-Game Currency, Emote, Skin, dan senarai rakan kekal melalui proses perindahan tersebut.

Setelah pemindahan itu berjaya akaun Garena anda tidak akan lagi wujud dan jika pemain tidak melakukan pemindahan tersebut sebelum 31 Disember ini, Sebarang ganti rugi tidak akan diberi bagi data yang hilang. League of Legends dan Teamfight kini sudah tersedia dimainkan melalui PC.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *