MEMUAT

Taip untuk mencari

Kolaborasi JDT Dan GBX Esports Saingan Di FiFAE

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi JDT Dan GBX Esports Saingan Di FiFAE

Organisasi Bola Sepak JDT Johor Darul Tadzim dan GBX Esports yang aktif di esukan kompetetif FIFAe kini rasminya telah berkolaborasi bagi persiapan ke FIFAe Club Series dan Kejohanan Antarabangsa eFootball.

Kedua-dua divisi yang berada di Rank ke 14 dan nombor 1 di Asia ini nampaknya akan memberikan saingan hebat kepada dunia esukan bola sepak nanti.

Bermula daripada penajaan JDT buat GBX, Kini impian komuniti esukan khususnya bola sepak direalisasikan menerusi kolaborasi ini. Pengumuman rasmi ini juga telah dibuat menerusi hantaran GBX Esports di akaun media sosial mereka.

Untuk pengetahuan anda JDT merupakan satu-satunya kelab daripada Liga Super Malaysia yang menyertai perlawanan antarabangsa ini dibawah nama JDT|GBX Esports.

Mereka akan menyertai perlawanan FIFAe Club Series 2023 yang akan bermula pada 17 November 2022 sehingga 12 Mei 2022. Kejohanan ini merupakan acara pembukaan sebelum FIFAe Club World Cup 2023 yang menawarkan RM1.4 Juta bersamaan USD 300,000 pula bermula nanti.

FIFAe Club World Cup yang merupakan antara acara esukan bolasepak dunia terbesar ini, Adalah perlawanan rasmi dibawah seliaan FIFA bagi divisi esukan FIFAe. Selain itu FIFAe juga menganjurkan FIFAe World Cup dan FIFAe Nations Cup.

JDT|GBX Esports akan dibarisi dengan Roster pemain terbaik bagi 2022/2023 yang terdiri daripada Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD), Mohammad Ega Rahmaditya (Eggsy), Faiq Iskandar Saiful Bahari (Halowake), Muhammad Imran Burhanudeen (ImranDeen), Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen), Dan Muzaffar Zuhair Mustaffa (Chamack).

Lebih menarik lagi adalah penyertaan pemain terbaik Malaysia bagi eFootball iaitu Mohd Norhaikal Bin Mohamad Noh yang pernah meraih pingat emas di temasya Sukan Komanwel Kategori Esukan baru-baru ini akan memberi saingan sengit di dalam divisi JDT|GBX Esports ini. Tambahan lagi bintang eFootball ini berjaya menempatkan dirinya di kedudukan carta no.1 di Malaysia dengan rating sebanyak 1946 sekaligus mengumpul jumlah perbezaan gol sebanyak 245 bagi permainan eFootball 2022 di konsol PlayStation.

Bukan itu sahaja, Muhammad Syahir Aqil Bin Shahat telah dipilih sebagai Ketua Jurulatih (Head Coach) bagi divisi JDT|GBX Esports di musim ini.

Tahniah buat kolaborasi yang akan menyemarakkan lagi industri sukan dan esukan Bola Sepak dinegara ini sehingga ke persada antarabangsa. Jadi apa tunggu lagi? Luaskan kuasamu JDT!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya