MEMUAT

Taip untuk mencari

Hylissang Sertai MAD Lions ?

ai hyprgame
Kongsi
Hylissang Sertai MAD Lions ?

Selepas 5 tahun menyarungkan jersi pasukan Fnatic, Zdravets Iliev Galabov atau juga dikenali sebagai Hylissang didalam kalangan komuniti esukan League of Legends LoL nampakanya akan beralih arah ke pasukan Mad Lions bagi musim baharu LEC 2023 ini.

Kredit : Alejandro Gomis

Berperanan sebagai bahagian sokongan Fnatic, Pemuda berusia 27 tahun ini telah meninggalkan mesej positif yang menjadi tanda kepada pemindahan pasukannya kelak.

Menurut laporan sumber Blix News, Bintang LoL ini sudah mencapai persetujuan secara lisan dengan Mad Lions yang merupakan pasukan dengan kejayaan di peringkat antarabangsa di dua acara LEC iaitu Spring Split dan Summer Split.

Selain bintang Bulgaria ini, Beberapa lagi pemain profesional iaitu Martin Larsson (Rekkles), Raphaël Crabbé (Targamas), Dan
Kamil Košťál (Kamilius) juga dikhabarkan menjadi pilihan buat Mad Lions sebagai sokongan.

Walaubagaimanapun kenyataan rasmi belum lagi diumumkan oleh mana-mana pihak berkaitan tentang perkhabaran ini kerana Hylissang jika dilihat adalah seorang pemain yang setia dengan pasukan yang disertainya. Sejak debutnya sebagai pemain profesional pada 2014, Pemuda Bulgaria ini hanya bermain dengan dua pasukan sahaja sepanjang kariernya setakat ini.

Hylissang berama pasukan Unicorns Of Love selama 4 tahun sebelum menyertai Fnatic dengan pencapaian baik di World Championship Final 2018.

Kredit : Esports Content Enterntaiment

Jika benar Hylissang akan menyertai Mad Lions, Sudah tentu keseluruhan pasukan ini akan jadi lebih menarik bagi musim baharu 2023 kelak. Buat masa ini Mad Lions masih mengekalkan Javier Batalla (Elyoya) sebagai Jungler, Dan Matyas Orsag (Carzzy) yang kini bersama Team Vitality akan kembali semula bersama pasukannya pada 2021 iaitu Mad Lions untuk menemani Hylossang di Bot Lane.

Banyak hal yang akan terjadi buat Mad Lions sebelum musim baharu bermula, Tetapi buat masa sekarang Roster mereka nampaknya akan terdiri daripada İrfan Tükek ( Armut ) sebagai Top, Javier Batalla (Elyoya) sebagai Jungle, Yasin Dinçer ( Nisqy) sebagai Mid, Matyáš Orság (Carzzy) sebagai Bot dan Zdravets Galabov (Hylissang) sebagai Support. Malahan status Armut juga masih belum kekal sepenuhnya kerana berkemungkinan akan ada sebarang perpindahan bagi divisi ini nanti.

Perpindah Hylissang kepada pasukan Mad Lions mungkin akan menjadi sesuatu yang mengejutkan buat peminatnya kerana dia sudah terlalu lama berada didalam pasukan Fnatic dan mungkin akan kelihatan pelik melihat dia dengan pasukan baharu. Hylissang berhenti di Worlds 2022 apabila dia dan Fnatic tersingkir ketika di peringkat kumpulan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya