MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Ori Rasmi Bersara Daripada Arena Pro Dota 2

ai hyprgame
Kongsi
Ori Rasmi Bersara Daripada Arena Pro Dota 2

Divisi Dota 2 China iaitu pasukan Aster semalam 8 November 2022 telah membuat pengumuman berkenaan pemainnya yang berperanan sebagai Midlaner, Zeng Jiaoyang atau lebih dikenali sebagao Ori telah bersara daripada arena esukan kompetetif esukan. Keputusan persaraan Ori ini dibuat setelah acara The International 11 TI11 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya di Singapura selepas satu minggu.

“Respect the will of the player” – Aster

“Hormat akan kemahuan pemain”- Aster

Kredit : CN Dota In A Nutshell

Menurut Aster menerusi akaun Weibo, Mereka menghormati keputusan pemain untuk mengundurkan diri daripada divisi ini demi masa depan pemain setelah perbincangan dan komunikasi dilakukan kedua-dua belah pihak. Malahan berterima kasih dan menghargai penyertaan Ori sepanjang bersama Aster.

Walaubagaimanapun pasukan ini tidak membongkarkan sebab sebenar kenapa bintang Dota 2 Ori yang berumur 27 tahun ini ingin bersara.

Kredit : CN Dota In A Nutshell

Tetapi ada juga khabar angin yang menyatakan Ori bersara kerana dipaksa oleh ibubapanya sehinggakan kedua orang tuanya itu telah mencari pekerjaan lain kepadanya. Tambahan lagi “Group Chat” Ori juga telah di banned daripada berkomunikasi dengan peminat-peminatnya.

Mungkin rata-rata peminat tidak bersetuju dengan tindakan ibubapa Ori yang seolah-olah menganggap kerjaya atlet esukan ini tidak ada masa depan. Bagi sesetengah ibubapa dinegara Asia seperti China misalnya lebih mengutamakan kerjaya profesional yang dirasakan lebih terhormat dan mampan untuk masa depan anak-anak.

Musim hadapan pastinya akan berbeza kerana tiada lagi “Scorching Sun” (Matahari Terik) atau kita boleh katakan sebagai tarikan yang menarik daripada divisi di China ini. Ini kerana Ori diibaratkan sebagai tampuk utama kepada nadi pasukan Aster dengan kebolehan dan pengalamannya.

Team Aster berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan Top 4 ketika finals TI11 dan ini menjadikan keputusan Ori untuk bersara itu sesuatu yang mengejutkan komuniti esukan khususnya Dota 2. Pencapaian pasukan ini tak kurang hebatnya kerana berjaya mara ke peringat tertinggi juga di TI11 selepas PSG.LGD yang telah disingkirkan oleh Team Liquid.

Ori mejadi pemain ke-4 yang mengambil keputusan untuk bersara selepas Lu Yau (Somnus), Zhang Ruida (Faith Bian) dan juga sang lagenda Matumbaman. Cuma yang membezakan mereka adalah jangka masa pengumuman ini dibuat dengan secara tiba-tiba ataupun tidak.

Bintang Dota 2 ini memulakan kariernya pada 2016 dengan DuoBao, Tetapi mula meningkat naik dan dikenali ketika menjadi Midlaner Vici Gaming (VG) sejak 2017-2021.

Sepanjang bersama VG, Ori menjadi salah seorang Midlaner terbaik di China sekaligus membantu pasukannya memenangi Major Championship di Dream League S11 dan Epicenter Major pada 2019. Malahan mengunci keddudukan Top 3 daripada 4 kejohanan lain.

Selain itu VG dan Ori mencapai Top 12 di TI8, Top 6 di TI9 dan TI10 sebelum menjejakkan kakinya ke pasukan Aster pada 2021 dan mengekalkan prestasi pasukan Aster sehingga memberi saingan di China.

Pernah membantu Aster untuk menamatkan finals dengan Top 3 di Chinese Regional League dan Regional Finals sepanjang 2021 sehingga 2022 di Dota Pro Circuit (DPC).

Team Aster juga sempat beraksi di Malaysia bagi ESL One Malaysia dan PGL Arlington Major yang masing-masing di Top 2 dan Top 3. TI11 telah menjadi acara terakhir bagi Ori menyaksikan mahkota kejuaraan.

Terkini hanya tinggal Du Peng (Monet), Lin Jing (XXS), Ye Zhibiao (Boboka) dan Yu Yajun selepas Ori meninggalkan mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *