MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

NS Redforce Ambil Alih DS Gaming

ai hyprgame
Kongsi
NS Redforce Ambil Alih DS Gaming

NS Redforce semalam telah membuat pengumuman di akaun media sosial mereka berkenaan pembinaan divisi baharu bagi organisasi ini iaitu PUBG Mobile. Organisasi daripada Korea Selatan ini akan mengambil alih pasukan DS Gaming PUBG Mobile yang akan menduduki slot di PMGC PUBG Mobile Global Championship tidak lama lagi.

Kredit : NS Redforce

Roster ini telah memberikan prestasi yang terbaik sejak satu tahun setengah dengan memenangi pelbagai perlawanan di peringkat regional. Divisi ini dibina daripada bekas Roster terdahulu di T1 pada tahun 2021 oleh organisasi Korea. Walaubagaimanapun seiring waktu berjalan ada beberapa pemain telah bertukar didalam pasukan ini.

NS Redforce Ambil Alih DS Gaming
Kredit : Krafton

Memetik kenyataan NS Redforce pada 8 November 2022, Mereka sangat berbesar hati dan bangga untuk mengambil alih DS Gaming, Sekaligus menyertai perlawanan antarabangsa PMGC dan mengharapkan semua orang untuk meraikan keluarga baharu ini.

“NS Redforce is proud to establish a PUBG Mobile Team by acquiring a former league Champion DS gaming.
NS PUBG Team will participate in upcoming international competition ‘PMGC’. Please give a warm welcome to our new family!.” – NS Redforce

Divisi PUBG Mobile NS Redforce ini akan dibarisi oleh ‘Janchi’ Yun Sang Hun (Head Coach), ‘SayDen’ Jeon Min Jae (Captain), ‘SPORTA’ Kim Sung Hyun, ‘IGL’ An Tae Hui, ‘Dooms’ Kim Jun Ha dan ‘Qx’ Lee Kyung Seo.

SayDen yang berperanan sebagai Kapten didalam divisi ini pernah mengunci slot di tempat kedua pada acara Pra Series 2022 Fall Finals dan juga di PMGC League sebagai Damwon Gaming yang juga telah berjaya menenangi Rivals Cup : Korea vs Japan ketika itu.

Kredit : DWG KIA Esports

Pada tahun ini, Korea Selatan mempunyai dua slot di PMGC 2022 menerusi acara PMPS S4 dan juga PMPS Fall Finals sekaligus berjaya meraih spot tersebut melalui Rivals Cup ketika perlawanan antara pasukan Korea dan Jepun.

Pasukan Damwon Gaming juga telah menjuarai PUBG Mobile Pro Season 4 PMPS dan menolak pasukan emTek StormX di tempat kedua ketika itu sekaligus melayakkan diri mereka ke Liga PMGC pula. Manakal pencapaian pasukan DS Gaming juga agak baik kerana berada di tempat ketiga Top 3 pada acara tersebut.

Prestasi DWG terus konsisten ketika mendominasi pentas PMPS Fall Finals dan membawa pulang wang hadiah sebanyak 4 Juta ketika di pertandingan PMGC.

Pada tahun yang lalu, DWG telah mengagumkan semua orang apabila berjaya menjuarai PMGC League East 2021 dan bermain dengan baik di PMWI 2022. Oleh kerena eksploitasi yang hebat ini menjadikan Korea sebagai pasukan PUBG Mobile yang terkuat didunia.

NS Redforce atau juga dikenali dengan nama Nongshim Reforce ini telah menyertai acara popular iaitu League Of Legends LoL 2019. Malahan kejayaan DWG didalam arena esukan PUBG telah memberikan inspirasi kepada NS Redforce untuk berjaya seperti mereka. NS Gaming akan memulakan peperangan mereka di PMGC bermula esok 10 November 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *