MEMUAT

Taip untuk mencari

Doublelift Akan Bina Pasukan Terbaik Bagi 2023?

ai hyprgame
Kongsi
Doublelift Akan Bina Pasukan Terbaik Bagi 2023?

Bintang Amerika kegemaran yang juga digelarkan sebagai AD Carry (Attack Damage Carry), Yiliang Peng atau lebih dikenali dengan nama Doublelift didalam arena esukan LoL ini telah memberikan petunjuk yang sangat gembira untuk kembali ke LCS. Doublelift telah bersara daripada TSM pada tahun lalu kerana prestasi mereka di Worlds 2021 yang mengecewakan.

Di media sosial telah tersebar tentang perancangan Doublelift untuk membina sekali lagi pasukan terbaik di arena League of Legends LoL ini.

Semalam 8 November 2022, Di akaun media sosial Twitter Yilliang Peng meninggalkan mesej seolah-olah dia akan beraksi semula pada tahun hadapan.

“Excited for next year?” – Doublelift

“Teruja dengan tahun hadapan?” -Doublelift

Travis Gafford yang merupakan pencipta kandungan (Content Creator) bebas League of Legends dan penemuramah juga telah membongkarkan tentang calon bagi pasukan baharu Doublelift nanti adalah 100 Thieves (110T).

Kredit : Spica

Untuk pengetahuan anda, 100T telah berkolaborasi dengan ramai bintang arena esukan kompetetif ini seperti øren Bjerg (Bjergsen), Mingyi Lu ( Spica), Dan Alan Cwalina (Busio). Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi dan lebih lanjut berkenaan penantian lama Doublelift yang akan kembali semula aktif. Tetapi dikhabarkana yang Kim Chan-Ho kemungkinan akan menjadi salah seorang yang mengisi tempat didalam pasukan ini kelak.

Kredit : Travis Gafford

Sudah pastinya ramai yang teruja untuk melihat sesuatu yang berbeza didalam arena ini bagi musim hadapan. Tidak hanya waragnet akan tertumpu kepada Doublift sahaja, Tetapi kehadiran Bjergsen didalam satu pasukan bersamanya juga adalah yang dinantikan semua. Komuniti esukan sudah tentu akan tertanya-tanya tentang bagaimana kerjasama mereka sebagai sepasukan nanti dibawah pihak pengurusan yang baharu. Atau apakah rintangan dan cabaran yang mereka akan lalui kelak?

Semoga ini akan menjadi kenyataan dan permulaan baharu kepada NA!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *