MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pemain Fennel Domeng Meninggal Dunia

ai hyprgame
Kongsi
Pemain Fennel Domeng Meninggal Dunia

Dunia esukan kompetetif sekali lagi dikejutkan dengan kematian seorang pemain profesional Wild Rift iaitu Domino Magbanua semalam. Memegang peranan sebagai Jungler buat pasukan Fennel Adversity atau lebih dikenali sebagai Fennel di arena LoL League of Legends Wild Rift ini sejak 2021 dan telah mencapai pelbagai prestasi baik sepanjang kejohanan bersama divisi ini.

Kredit : KJC esports

Domino Magbanua atau popular dengan nama Domeng didalam kalangan komuniti Wild Rift ini pernah menjuarai PPGL 2021 Fall Split : Group C, Asia Wild Rift Legends, dan banyak lagi kejohanan lain yang membawa pasukannya ke peringkat finals mahupun qualifier.

Domeng memulakan kariernya bersama Fennel sejak 2021 sehinggalah 2022, Tetapi sayang sekali dia meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 22 tahun ketika kariernya sebagai pemain profesional Wild Rift sedang meningkat naik.

Setakat ini punca kematian bintang Wild Rift yang diminati ini masih belum dipastikan, Tetapi menurut salah seorang kawan rapatnya menyatakan yang Domeng membunuh diri (committed suicide). Di media sosial kini tersebar ucapan takziah daripada para peminat dan mesej-mesej terakhir mereka.

Kredit : Facebook Jeffrien D. Villafria

“The story was we were to meet you at the airport tomorrow but we no longer have someone to meet tomorrow, we have a lot of stories to tell you, I even prepared a few jokes to tease you tomorrow. what you did was a wrong move but we can’t do anything if you wanted to rest, we can’t turn back time to which you could have just talked to us so we can help you. I just hope you are happy now wherever you are. We really love you Domino Magbanua and you know it since we used to walk just so we can pay for Internet cafés. Rest in peace dom, we really miss you and we really love you,” ( terjemahan hantaran facebook rakan baik Domeng).

Jeffrien terkilan kerana perancangannya untuk berjumpa Domeng di lapang terbang tidak kesampaian, Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi dan dia telah menyiapkan beberapa jenaka buat domeng. Menurutnya lagi, Apa yang dilakukan oleh Domeng itu salah tetapi mereka tidak dapat melakukan apa-apa jika itu pilihan Domeng untuk berehat selama-lamanya. Jika masa boleh diputar semula mereka ingin membantu Domeng dan mendengar luahan hati Domeng.

Secara ringkasnya, Fennel dan Domeng sudah sebati seperti keluarga dan kerana itulah pemergiannya dirasai dan dirindui oleh rakan-rakannya.

Tambahan lagi Jeffrien pernah cuba menghubungi Domeng sebelum insiden ini terjadi, Tetapi pemain profesional ini berkata yang keadaannya baik sahaja dan hanya ingin berada dirumah.

Pemergian Domeng tak hanya dirasai oleh Fennel sendiri, Malahan rakan-rakan esukan daripada pasukan lain turut kesal dan sedih dengan berita tersebut.

Mental yang stress dan anxiety sudah menjadi isu kebiasaan didalam arena esukan, Ini juga merupakan sebab Kapten Team Secret James Santos (Hamez) membuat keputusan untuk bersara sebagai pemain profesional Wild Rift baru-baru ini. Keadaan ini sepatutnya memberikan tanda untuk organisasi esukan menwujudkan inisiatif bagi membantu kesihatan mental pemain masing-masing.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya