MEMUAT

Taip untuk mencari

MrBeast Rancang Beli Pasukan LCS

ai hyprgame
Kongsi
MrBeast Rancang Beli Pasukan LCS

Di media sosial kini sedang hangat memperkatakan tentang keputusan MrBeast yang telah merancang untuk membeli pasukan LCS bagi DPC Season 2022/2023 nanti. Malahan kenyataan ini sendiri dikeluarkan oleh MrBeast ketika ditanya pada acara Worlds 2022 kelmarin. Dia memberi keyakinan 100% akan beli pasukan daripada LCS kelak.

Kredit : Dexerto

Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai MrBeast didalam kalangan pengguna maya merupakan personaliti Youtube dengan genre persembahan lagak ngeri dan cabaran hebat. Video-video yang dimuatnaiknya mengetengahkan konsep survival skills dan cabaran tertentu dan menawarkan pelbagai tawaran lumayan kepada peserta mahupun penonton.

Bermula membuat hantaran video sejak berumur 13 tahun pada tahun 2012, Jumlah pengikutnya semakin ramai dan mendapat tontonan yang tertinggi sehingga menjadi 5 channel terbaik yang dilanggan oleh penonton kini.

Kredit : MrBeast

Bermula hanya sekadar khabar angin yang menjadi fenomena buat komuniti LoL di Worlds 2022 nampaknya akan menjadi kenyataan apabila dia sendiri memberikan jawapan kepada pertanyaan caster didalam acara tersebut.

“Oh gosh, yeah, 100%,” – MrBeast

Malahan ramai yang menyokong dan sangat teruja dengan jawapan MrBeast berkenaan perancangannya ini.

Tambahannya lagi, Dia menginginkan pasukan yang fokus untuk berada di pentas seperti ini (Worlds 2022) sekaligus mendapatkan bahagian yang tepat sebelum beraksi kelak.

“The question is more ‘when’ because if we do it, I want to have a team that makes it to a stage like this [referring to Worlds 2022],” – MrBeast

“We got to get the right pieces in place before we pull the trigger.” – MrBeast

Penyertaan MrBeast didalam divisi LCS ini pastinya akan membuka ruang yang lebih lagi kepada perkembangannya sebagai personaliti Youtube dan juga ahli perniagaan.

Ini kerana selain menjadi pengasas kepada MrBeast Burger dan Feastables, Dia juga merupakn co-creator kepada Team Trees dan juga seorang dermawan kepada Arbor Day Foundation.

Siapa tahu MrBeast juga akan menjadi seperti Nadeshot 100Thieves yang menjual pelbagai merchandise organisasi esukan sehigga menjadi fenomena dan ikonik didalam industri esukan.

Tidak hanya memberikan kebaikkan kepada MrBeast, Malahan populariti LCS juga akan semakin meningkat diseluruh dunia kelak. Jadi siapakah dan kenapakah MrBeast akan beli sebagai pasukan LCS nanti? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *