MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TMC 2022, Peluang Dapat Slot Ke PMNC

ai hyprgame
Kongsi
TMC 2022, Peluang Dapat Slot Ke PMNC

Anda terlepas peluang ke PMNC? Jangan risau acara yang ditunggu-tunggu oleh sang amatur PUBG Mobile Malaysia kini kembali lagi. TMC 2022 (Telur Mata Cup 2022) merupakan perlawanan PUBG Mobile di Malaysia yang menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak RM 50,000 dan kesemua pasukan yang menyertai akan bersaing untuk merebut slot ke PMNC 2022 PUBG Mobile National Championship Malaysia.

Pendaftaran untuk kejohanan ini telah pun dibuka bermula 3 November 2022 sehingga 19 November 2022 untuk 256 pasukan. Kesemua 256 pasukan ini akan bersaing di peringkat kelayakkan terlebih dahulu pada 22 November sehingga 25 November 2022. Mereka akan dibahagikan kepada 16 Kumpulan yang merangkumi 16 pasukan akan melalui Erangel, Sanhok dan Miramar sehinggalah 4 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke peringkat berkumpulan pula.

Peringkat berkumpulan akan berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember 2022 yang menyaksikan 64 pasukan dibahagikan keepada 4 kumpulan. Kesemua 4 kumpulan tersebut akan terbahagi kepada 16 pasukan setiap satu berperang di Erangel, Sanhok dan Miramar. Setelah melalui pelbagai cabaran di ketiga-tiga map order tersebut, Hanya 16 pasukan yang terbaik dengan Overall Points terbanyak akan ke Grand Finals.

Perlawanan Grand Finals pula akan membuka tirainya pada 3 Disember sehingga 4 Disember 2022 yang menyaksikan 16 pasukan terbaik bersaing untuk mendapatkan slot ke PMNC sekaligus membawa pulang wang hadiah.

Kredit : eGG Network

Telur Mata Cup 2022 TMC PUBG Mobile ini merupakan acara yang dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Krafton dan Level Infinite. Tahun lepas TMC menawarkan RM30,000, Tetapi untuk musim 2022 ini TMC menawarkan hadiah terkumpul yang lebih lumayan serta tiket kepada 2 pasukan terbaik ke PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022.

Perlawanan ini juga mendapat sokongan rasmi daripada PUBG Mobile Malaysia dan melayakkan pasukan yang menjuarai TMC 2022 untuk ke peringkat kumpulan secara automatik di PMNC 2022 pada 10-11 Disember 2022.

TMC 2022 akan menampilkan pemain atau pasukan amatur mengambil peluang menunjukkan bakat dan kebolehan mereka didalam arena esukan PUBG Mobile.

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua orang kecuali pemain atau pasukan PUBG Mobile yang kini sedang aktif didalam mana-mana kejohanan profesional di Malaysia mahupun antarabangsa.

Jadi apa tunggu lagi? Daftarkan skuad anda secara percuma menerusi pautan yang disediakan di akaun media sosial eGG Network dan rujuk media sosial eGG Network untuk maklumat lanjut.

Inilah peluang anda untuk memulakan langkah ke PMPL yang seterusnya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *