MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran MSL Cup Sesi November 2022 Kini Dibuka

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran MSL Cup Sesi November 2022 Kini Dibuka

Setelah menyaksikan kemenangan pasukan Turu Dekk menjuarai MSL CUP edisi Oktober 2022, Kini MSL CUP bagi sesi November 2022 telah membuka tiranya bagi pendaftaran.

Moonton Student Leader Cup MSL 2022 merupakan acara bulanan yang dinanti-nantikan buat para pelajar IPT diseluruh Malaysia khususnya untuk menyerlahkan bakat dan kebolehan di Mobile Legends Bang Bang MLBB 2022.

Prizepool sebanyak RM1,000 dan 10,000 Diamonds akan menjadi rebutan buat semua pasukan yang mewakili IPT masing-masing di Malaysia.

MSL ini juga dianjurkan oleh GamesMY Esports dengan kerjasama Moonton dan Mobile Legends Bang-Bang akan berlangsung pada 21 November sehingga 30 November 2022 ini. Pendaftaran adalah percuma dan dibuka sehingga 18 November 2022. Bagi mereka yang hendak menyertai diwajibkan untuk mengisi borang yang telah disediakan di google form menerusi pautan di facebook Mobile Legends Bang Bang atau MSL Cup.

Penyertaan adalah terhad kepada 64 pasukan pelajar IPT sahaja dan perlawanan diadakan secara online (Custome Draft Pick). Bgau format perlawanan pula adalah sama seperti sesi yang sebelumnya, Peserta akan bersaing di Group Qualifiers dengan 16 pasukan dan melalui Round Robin. Manakala juara bagi setiap Group Qualifier akan mara ke Playfoff (Bo1) dan sekaligus melalui Single Elimination (Kalah Mati) di pusingan tersebut. Pusingan permulaan (Bo1), Manakala Grand Final di Bo3.

Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda megharumkan nama IPT masing-masing. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke akaun media sosial Mobile Legends Bang Bang dan MSL Cup.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya