MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

OTG Sertai Dingoz Xavier Sebagai Ambassador

ai hyprgame
Kongsi
OTG Sertai Dingoz Xavier Sebagai Ambassador

Sejurus selepas On The Go OTG membuat pengumuman yang dia telah menamatkan kerjasamanya menjadi Ambassador Team Secret. Pada 1 November 2022 semalam, OTG telah mengumumkan sekali lagi yang dia kini telah menandatangi kerjasama bersama pasukan daripada Vietnam iaitu Dingoz Xavier sebagai Ambassador.

Menurut OTG, Dia berminat untuk menyertai divisi ini kerana menyukai budaya, kelakuan (attitude), dan ingin menimba pengalaman baharu bersama pasukan lain daripada negara lain.

Untuk pengetahuan anda, Team Dingoz Xavier dibina sejak 2019 dimana sebelum ini organisasi ini dinamakan sebagai X-Team pada tahun 2018. Setelah masa berlalu mereka membuat penjenamaan semula dan menggelarkan diri mereka sebagai Xavier.

Pasukan ini sudah cukup berpengalaman selepas menyertai pelbagai kejohanan seperti PMPL Vietnam S3, Snapdragon Conquest PUBG Mobile Pro Series, PMPL SEA Spring 2022,PMPL Vietnam Fall 2022 dan lain-lain lagi.

Selepas beraksi di pentas PMPL SEA S3, pasukan ini kemudian menukar nama kepada Dingoz Xavier yang juga menjadi episod kerjasama divisi Vietnam ini bersama dengan Dingoz Esports.

Dingoz Esports menjadi pasukan yang sangat popular tidak hanya di Vietnam, Malahan di Malaysia juga mereka memiliki penyokong yang ramai seperti yang diperkatakan oleh OTG di akaun media Facebooknya. Ini kerana pemilik kepada organisasi ini adalah orang Malaysia dan pernah menang menyertai PMPL SEA Spring Split yang lalu.

Tambahan lagi, OTG sudah mula merasa keserasian dia dan Dingoz Xavier didalam satu pasukan setelah banyak meluangkan masa dengan Dingoz Xavier.

Mungkin masalah komunikasi akan menjadi halangan utama jika didalam satu pasukan tidak datang daripada negara yang sama. Tetapi OTG mengambil ini sebagai satu cabaran dan hal biasa kerana Dingoz Xavier sangat membantu didalam setiap perbualan supaya dapat menterjemah sebaiknya kepada OTG.

Salah satu perkara menarik menerusi kerjasama OTG dan pasukan Vietnam ini adalah misinya untuk menjadi orang tengah bagi merapatkan hubungan persahabatan diantara DX dan komuniti esukan Malaysia. Diharapkan tidak akan ada jurang perbezaan untuk kita komuniti esukan Malaysia saling berkembang seperti pasukan Vietnam ini. Kolaborasi ini juga dapat memberikan peluang kepada OTG juga untuk berkongsi tentang budaya Malaysia khususnya didalam permainan peranti mudah alih PUBG Mobile ini.

OTG tetap mengatakan yang Team Secret tetap di hatinya dan dia sudah merancang untuk membuat kandungan (content) tentang pemain DX bersama TS dan Team Malaysia yang lain di Liga PMGC kelak.

” Saya akan buat yang terbaik untuk kalian dan Team DX juga. 🇲🇾 x 🇻🇳 .” – OTG

Terkini Dingoz Xavier (DX) dibarisi oleh Roster Franky, Lamborghini, Rabiz, Tduc dan Vicoi akan turut serta bersama Gee sebagai Jurulatih/Pengurus pasukan berjuang di PMGC nanti. Semoga dengan kehadiran OTG didalam divisi ini dapat memberikan kemeriahan dan perkara positif kepada pasukan ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya