MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kuku Cari Peluang Di DPC Season Seterusnya

ai hyprgame
Kongsi
Kuku Cari Peluang Di DPC Season Seterusnya

Kontraknya bersama T1 akan hampir tamat dan terkini Kuku telah pun menyatakan hasratnya untuk meneroka peluang yang baharu di musim DPC yang akan datang bagi meneruskan kariernya.

Kapten T1 ini atau nama sebenarnya Carlo Palad sendiri telah mengumumkan keputusannya ini menerusi akaun media sosial miliknya yang dia akan mengejar peluang lain selepas kontraknya bersama T1 tamat.

Pemain Filipina yang berperanan sebagai Offlaner ini menyertai T1 pada awal tahun 2021, Dan berjaya meletakkan pasukannya dikedudukan Top 8 pada The International 2021 (TI10). Walaubagaimanapun, Prestasi pasukan ini semakin merundum kerana beberapa perubahan yang terjadi didalam Roster dan sekaligus mengagalkan misi mereka menyertai The International 2022 TI11 terhenti di Last Chance Qualifier. Setakat ini belum lagi ada sebarang berita atau kenyataan rasmi berhubung dengan roster mereka pada 2023 nanti.

Selepas Kuku, T1 sendiri telah mengumumkan kenyataan yang mereka tidak lagi bekerjasama dengan Jurulatih Park Tae-Won (March) kerana kecewa dengan keputusan mereka di Dota Pro Circuit (DPC) yang lalu. Malahan Xepher daripada Indonesia juga telah membuat kenyataan yang dia kini sedang mencari pasukan baharu bagi musim baharu DPC 2023 nanti.

Hakikitnya salah satu sebab Kuku ingin mengundurkan diri daripada T1 adalah kecewa di DPC 2021/2022, Dan ingin mencari peluang baharu bersama pasukan baharu yang lain. Malahan Kuku juga mengatakan yang dia tetap akan bersama T1 dengan memperbaharui kontraknya bersama organisasi Korea Selatan untuk musim seterusnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *