MEMUAT

Taip untuk mencari

Bjergsen Daripada Team Liquid Menjadi Free Agent

ai hyprgame
Kongsi
Bjergsen Daripada Team Liquid Menjadi Free Agent

Dikhabarkan yang Søren Bjerg atau lebih dikenali sebagai “Bjergsen” didalam kancah esukan kompetetif League Of Legends tidak bersama lagi dengan Team Liquid dan berstatus sebagai Free Agent bagi pasukan lain nanti.

Kredit : Dot Esports

Bjergsen merupakan pemain yang berasal daripada Denmark untuk Team Liquid dan berperanan sebagai Midlaner pasukan ini. Walaubagaimanapun baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan Bjergsen akan meninggalkan Team Liquid selepas setahun berjuang bersama-sama.

Menerusi sumber pelbagai media sosial termasuk League of Legends sendiri juga mengatakan yang Bjergsne tidak mahu menghadkan kebolehan dirinya buat LCS League Championship Series (Siri Kejohanan Liga) sahaja tetapi ingin melihat peluang daripada LEC League Europian Championship (Liga Kejohanan Eropah) juga.

Bjergsen menyertai Team Liquid sejak 2021 dan sehingga kini sebagai Midlaner selepas menyertai TSM pada 2013-2020, Dan sebagai Coach sejak 2020-2021.

Pemain yang berasal daripad Denmark ini telah menyertai pelbagai pasukan dan kejohanan bagi menimba pengalaman. Kebolehan yang dimiliki oleh Bjergsen ini telah membawa dia mencapai pelbagi prestasi yang baik seperti LCS-Lock In 2022, LCS Summer 2020, NA LCS Summer 2017, Rift Rivals 2017 – NA vs EU, NA LCS Spring 2017, NA LCS Summer 2016 dan banyak lagi kejohanan lain.

Bjergsen sememangnya pemain veteran yang tidak asing lagi kerana kerjayanya didalam arena esukan ini sudah pun menjangkau sedekad. Sebelum menyertai TSM dan Team Liquid, Bjergsen bermula bersama dengan Western Wolves daripada Belanda.

Walaupun prestasi Bjergsen didalam pasukan Team Liquid adalah “under-par”, Dia tetap mempunyai Mata KDA yang tertinggi didalam Liga iaitu sebanyak 8.7%. Malahan Bjergsen juga berjaya dengan 3.5 Kills bagi setiap match di Summer Split, Iaitu 7 tertinggi didalam Liga dengan 79% Total Kills didalam pasukannya.

Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Team Liquid kerana tidak berjaya melayakan diri mereka untuk mana-mana acara antarabangsa pada tahun ini termasuk Mid Seasonal Invitation (Korea). Mahkota dunia milik Team Liquid yang digembar-gemburkan sebelum ini telah pun dirampas oleh pasukan Evil Geniuses apabila mereka kalah dengan skor 2-3 di LCS Playoffs.

Warganet juga telah dikhabarkan yang Bjergsen berkemungkinan akan bersama Rekkles yang merupakan pemain profesional Duck dan PAH ini sedang mencari tempat di LEC. Jika dilihat daripada pengalaman dan status mereka terkini pastinya ramai pasukan yang popular seperti Astralis, SK Gaming, Team BDS dan Heretic berminat untuk menyerap mereka didalam Roster baharu nanti.

Setakat ini belum lagi ada pengumuman rasmi yang dibuat daripada mana-mana pihak, Dan kita perlu menunggu sekurang-kurangnya anggaran masa sebulan penuh sebelum LEC Free Agency bermula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *