MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sebaris Top 3, Thailand Catat Lebih 200 Mata

ai hyprgame
Kongsi
Sebaris Top 3, Thailand Catat Lebih 200 Mata

Pasukan Thailand sekali lagi memberikan Firepower yang terkuat apabila berjaya mencatat lebih 200 Mata di minggu kedua hari terakhir semalam.

Setakat ini pasukan The Infinity daripada Thailand berjaya meraih 110 Elims, Double WWCD dan 231 Mata sehingga meletakan diri mereka di Top 1 Overall Ranking hari terakhir minggu 2 PMPL Sea Championship Fall 2022 semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Bukan sahaja The Infinity, pasukan TEM dan Bacon juga masing-masing berada dikedudukan Top 2 dan Top3. Ini menjadikan pasukan Thailand sedang berbaris sekali lagi di Top 3 minggu kedua hari ke-5 PMPL Sea Championship Fall 2022.

Kedudukan pasukan Malaysia iaitu 4Rivals masih ditahap yang membimbangkan dikedudukan #17 walaupun sempat menduduki Top 2 di match ke-4 semalam. Malahan peluang 4Rivals untuk mendapatkan WWCD mereka juga habis begitu sahaja kerana telah dipatahkan menerusi Bom Tangan oleh TEM Entertainment daripada Thailand.

Pasukan Malaysia Yoodo The Alliance pula kini berada dikedudukan #12 di Overall Ranking, dan sempat mendapatkan WWCD sebanyak 2 kali saat pertembungan dengan The Infinity.

Selain The Infinity yang mendapat lebih 200 mata, pasukan Tem Entertainment juga berjaya meraih 218 mata, dengan Triple WWCD dan 99 Elims.

Geek Fam kini berada di Top 5 dengan 102 Elims, Double WWCD dan 177 Mata. Ini menjadikan pasukan Geek Fam merupakan antara pasukan Malaysia yang sangat konsisten setakat minggu kedua PMPL Sea Championship Fall 2022 ini berlangsung.

Pasukan Vampire Esports juga bangkit semula dengan memberikan farm kill sehabis-habisan sehingga mencatat 22 Elims dan meletakan diri mereka di Top10.

Bagaimanakah nasib pasukan Malaysia yang lain seperti SEM9, dan DBD? Minggu hadapan adalah minggu terakhir liga PMPL Sea Championship Fall 2022, Adakah Thailand akan mendominasi minggu ke-3 sekali lagi?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya