MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RSG SG Juara MPL SG Season 4

ai hyprgame
Kongsi
RSG SG Juara MPL SG Season 4

Pasukan RSG Singapura akhirnya berjaya mengekalkan mahkota juara bagi MPL SG Musim 4 setelah berjaya Slate Esports dengan nilai mata 4 berbalas 3 di pusingan akhir Grand Final.

Selain Trofi kemenangan, mereka juga berjaya membawa wang hadiah yang lumayan daripada Price Pool sebanyak SG$100.000 sekaligus mewakili Singapura di Kejuaraan Dunia MLBB M4 yang akan berlangsung di Jakarta pada Januari 2023 ini.

RSG SG terus mendominasi kuasa mereka di Singapura, hasil pengalaman dan kebolehan dibawah latihan bersama Coach Indonesia iaitu Dolly “SaintDeLucaz” Van Pelo.

Sebelum bertemu dengan Slate Esports, RSG SG awalnya telah menyapu bersih sebanyak 3-0 menentang Team SMG pada babak Playoff.

Untuk pengetahuan anda, Ini merupakan pertemuan kedua kalinya RSG dan Slate Esports di Grand Final, Dimana pada awal match Grand Final ini kedua-dua pasukan ini saling bertukar serangan sehingga mencapai skor 2-2.

Malahan Slate Esports sempat mendapatkan tiga kill dan Enhanced Lord dan menumpaskan RSG SG. Kemudian, Jovan “Babycakes” Heng’ Claude dari RSG SG cuba bangkit mempertahankan base menahan empat hero lawan, tetapi Slate fokus menghancurkn inhibitor untuk mendapatkan match point 3-2. 

Slate Esports berusaha lagi untuk mengalahkan RSG SG, walaubagaimanapun mereka hilang momentun kerana tidal berjaya menghancurkan satu tower pun sekaligus ketinggalan 11k gold di akhir permainan. RSG akhirnya menutup tirai Grand Final dengan snowballing di top lane pada minit ke-15.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *