MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

2 Juara Dunia Brazil Di Roster Valorant Sentinel

ai hyprgame
Kongsi
2 Juara Dunia Brazil Di Roster Valorant Sentinel

Organisasi esukan Amerika Utara iaitu Sentinels nampaknya bersedia untuk mengambil 2 pemain Dunia Brazil, Menyertai divisi Valorant. Berita ini nampaknya telah tersebar menerusi pelbagai platform media sosial yang mengatakan Gustavo Rossi atau lebih dikenali sebagai Sacy dan Bryan Luna atau lebih dikenali sebagai Pancanda akan menyertai Roster Valorant bagi Sentinel nanti.

Selain dua pemain hebat Brazil yang datang daripada pasukan LOUD ini, In-Game Leader mereka iaitu  Rory Jackson (dephh) dan Zachary Patrone (zekken) dikhabarkan turut menyertai Roster tersebut.

Sacy dan Pancada telah pun memberikan prestasi yang terbaik dengan meletakan pasukan Loud menempa kejayaan pada September 2022 yang lalu.

Pasukan Loud berjaya menumpaskan pasukan Amerika Utara iaitu Optic Gaming di Upper Bracket Final dan Grand Final sekaligus memberikan Brazil kemenangan di kejohanan antarabangsa Valorant ini.

Pemain Brazil daripada divisi Loud ini merupakan seorang yang bijak mengawal permainan ketika kejohanan sehingga mampu memungut mata skor sebanyak 210.5 (average combat) dan individu ketiga yang memberikan 78 kill tertinggi. Prestasi Pancada ini sudah sebaris dengan Smoggy (EDG), dan juga Shao (FPX).

Pasukan Sentinel pula pernah menciptakan sejarah bersama region Brazil pada kejohanan Valorant 2021 menerusi perlawanan mereka dengan Furia. Malahan kejohanan tersebut pernah mencetus kontroversi dalam kalangan komuniti Brazil terhadap isu teknikal (pause).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya