MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Wild Circuit Asia Open Oktober Sehingga Disember 2022

ai hyprgame
Kongsi
Wild Circuit Asia Open Oktober Sehingga Disember 2022

Kejohanan Off-Season Wild Circuit Asia Open 2022 bagi divisi permainan Wild Rift rasminya akan berlangsung bermula Oktober sehingga Disember 2022.

Wild Circuit Asia Open 2022 ini akan menyaksikan penyertaan pasukan daripada 3 region iaitu Asia Tenggara, Korea Selatan, dan juga Jepun.

Siri Kejohanan rasmi esukan Wild Rift ini bertujuan untuk membuka ruang dan peluang kepada pemain profesional bersaing dengan baik sekaligus menajamkan lagi kemahiran mereka agar bersedia untuk Musim 2 nanti. Ia juga memberikan kandungan yang menarik untuk menarik peminat Wild Rift Esports.

Sebanyak 14 pasukan akan menyertai Wild Circuit Asia Open 2022, termasuk pasukan yang memenangi kelayakan terbuka di tiga wilayah dan pasukan jemputan. Wild Circuit Asia Open 2022 akan menampilkan 14 pasukan bersaing dalam di Liga “BO3 single round robin” dengan 4 pasukan teratas mara ke playoff. 

Di peringkat Playoff nanti akan ada “single elimination” (penyingkiran tunggal) BO5, Manakala pemenang diperingkat final akan menjadi juara Wild Circuit Asia Open 2022.

Untuk pengetahuan anda, pasukan Rex Regum Qeon atau lebih dikenali sebagai RRQ akan menjadi pasukan jemputan (Invitational). Kemudian diikuti 6 lagi pasukan daripada Kelayakan Terbuka Sea (Sea Open Qualifier).

Selain itu pasukan Rolster Y (RY), Kwangdong Freecs (KDF), Liiv Sandbox (LSB) juga menjadi pasukan jemputan didalam acara ini. Manakala 2 lagi pasukan daripada KR Open Qualifier dan 2 pasukan daripada JP Open Qualifier juga akan menyertai dan bersaing dengan yang lain.

Kredit : Riot.com

Wild Circuit Asia Open 2022 yang berlangsung secara online termasukan kelayakan terbuka (open qualifier) adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendaftar dan mengambal bahagian. Kejohanan ini dijangka akan membuka tirainya bermula Oktober ini dan berakhir sehingga Disember 2022. Manakala pusingan Final pula akan berlangsung pada Ahad, 4 Disember 2022 ini.

Bagi pusingan kelayakan terbukan (Open Qualifier) akan berlangsung mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh region masing-masing iaitu SEA pada 20 Oktober sehingga 30 Oktober, KR (Korea) pada 20 Oktober sehingga 23 Oktober dan akhir sekali JP (Jepun) pada 27 Oktober sehingga 30 Oktober 2022. Manakala pendaftaran bagi kelayakan terbuka pula adalah sepanjang 5 Oktober sehingga 16 Oktober (Waktu Jepun).

Perlawanan di pusingan liga pula akan berlangsung selama 4 minggu bermula November ini dan setiap minggu pusingan liga tersebut akan diadakan selama 5 Hari. Kemudian diikuti oleh peringkat Playoff pada 3 Disember (Separuh Akhir) dan perlawanan Final sekaligus tempat ke-3 pada 4 Disember 2022.

Prize Pool terkumpul sebanyak $70,000 USD akan menjadi rebutan kepada 14 pasukan yang bersaing di kejohanan ini. Setiap pasukan akan mendapatkan $1500 (Base Price), Dimana perlawanan liga jika berhasil mendapat kan skor 2-0, pemenang akan membawa pulang $400 dan yang kalah tidak mendapat apa-apa hadiah. Tetapi jika berhasil mendapatkan mata 2-1 yang menang kan meraih $250, Manakala yang kalah mendapat $150.

Juara peringkat Playoff akan membawa pulan $6,600, Tempat Kedua $3,000, Tempat Ketiga $2,000 dan akhir sekali tempat ke-4 dengan $1,000. Memang lumayan kan hadiahnya kerana akan meningkat dan semakin tinggi mengikut keputusan (mata) perlawanan.

Anda juga boleh merujuk di laman sesawang Riot Games Wild Rift atau ke pautan https://japan.postsen.com/local/32273/The-official-off-season-tournament-Wild-Circuit-Asia-Open-2022-will-be-held-from-October-to-December-with-participation-from-three-regions-of-Southeast-Asia-South-Korea-and-Japan.html ini mendapatkan lebih maklumat lanjut berkenaan acara ini.

Kredit : Riot.com

Bagi yang ingin mendaftar, anda harus melengkapkan maklumat penyertaan didalam borang yang telah disediakan di laman sesawang Riot Games https://riot.com/3SIn1Xp. Tarikh tutup adalah pada 16 Oktober 2022.

Please complete the registration form for the Regional Open Qualifiers below.
The last day to register is 24:00 on October 16, Japan time.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!



Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *