MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Ke M4, Burn X Flash Juarai MPL KH

ai hyprgame
Kongsi
Ke M4, Burn X Flash Juarai MPL KH

Baru-baru ini MPL KH atau juga dikenali sebagai MPL Cambodia telah pun menutup tirainya dengan kemenangan pasukan Burx X Flash di Autumn Split Grand Finals.

Pasukan Burn X Flash bertarung dengan pasukan Logic Esports sekaligus menumpaskan mereka dengan skor 3-1. Menerusi kemenangan Coach Zico, Hesa dan pasukan Burn X Flash ini telah melayakan diri mereka ke M4 World Champion untuk mewakili Cambodia.

Kredit : MPL KH

Untuk pengetahuan anda, MPL KH Autumn Split 2022 ini telah membuka tirainya bagi Regular Season sejak 6 Ogos sehingga 4 September 2022. Kemudian memasuki peringkat Playoff pada 17 September sehingga 2 Oktober 2022. Seramai 8 pasukan terbaik telah pun berentap sepanjang MPL KH Autumn Split 20222 sehinggalah pada 2 Oktober di hari terakhir Playoff pasukan Burn X Flash berjaya menumpaskan lawannya Logic Esports dengan mata 3-1.

Menerusi kemenangan ini Burn X Flash berjaya membawa pulang Prize Pool sebanyak $16,000 sekaligus layak ke M4 World Championship yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Burn X Team Flash merupakan organisasi esukan kompetetif daripada Cambodia mula ditubuhkan sejak tahun 2019 dan pernah mendapat tempat ke-3 di M1 World Championship – Cambodia Qualifier.

Terdiri daripada ATM (EXP Lane), Arishem (Jungler), Celichma (Jungler), MP The King (Jungler), C Cat (Middle), Fury (Gold Lane), Hesa (Gold Lane) dan D7 (Roamer) mereka aktif di pentas esukan kompetetif sebagai barisan kuat Mobile Legends Bang MLBB di Cambodia.

Selain mempunyai roster yang baik di MLBB Cambodia, Burn X Flash juga diperkuatkan lagi dengan pengurusan dibawah Lee Xin sebagai pengurus pasukan ini, Zico sebagai Head Coacg, Ola (Assistand Coach), dan VK sebagai Analyst.

Selain itu Burn X Team Flash juga terdiri daripada bekas Roster bagi pasukan NexPlay EVOS Filipina yang pernah memenangi MPL PH S6 – Main Qualifier 2 pada tahun 2020.

Kredit : Burn X Flash

Burn X Flash merupakan barisan pemain dan organisasi yang sangat berpengalaman didalam arena esukan MLBB Cambodia kerana telah menyertai pelbagai kejohanan MLBB.

Di antara pencapaian terbaik mereka selain di MPL KH ini, mereka juga pernah menyertai Metfone – All Stars Arena, Codashop Global Series Cambodia 2021, EFC Sankranta Cup 2021, T.Y Media E Champion S1, WOWNOW Prince Mall League dan banyak lagi.

Mungkin pasukan ini akan menjadi pencabar terhebat di M4 World Championship bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik daripada negara lain?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *