MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Draxx, Bravo Sedia Mencipta Kemenangan Bersama SEM9

ai hyprgame
Kongsi
Draxx, Bravo Sedia Mencipta Kemenangan Bersama SEM9

Semalam SEM9 telah mengumumkan di akaun media sosial rasmi mereka berkenaan Draxx dan Bravo yang rasminya kembali kepada pasukan SEM9.

Kita sedia maklum yang pengumuman farewell Bravo telah diumumkan sendiri di media sosial Farang Esports pada September lalu dengan kapsyen ucapaan terima kasih dan penghargaan Bravo selama menyertai pasukan ini ketika di PMPL MY SG PH FALL 2022. Walaubagaimanapun ketika itu kita tidak tahu tentang hala tuju Bravo selepas tamat sesi Loan, Adakah akan berehat atau kembali ke SEM9 semula? Akhirnya semua telah terjawab apabila SEM9 sendiri mengumumkan kedatangan Bravo semula didalam divisi ini.

Sebelum ini Bravo telah dipinjamkan untuk berbakti kepada pasukan Farang Guerilla bagi Liga PMPL baru-baru ini, Dan kini Bravo akan berperanan sebagai Assistant Coach didalam Roster PUBG Mobile SEM9. Manakala Draxx sebelum ini menjadi pemain pinjaman bagi SMG dan kembali menjadi Team Analyst buat pasukan SEM9.

Peminat dan komuniti PUBG Mobile nampaknya teruja dengan comeback Bravo dan Draxx didalam divisi SEM9 dan berharap dengan roster yang dikemaskini ini akan memberikan kemenangan kepada SEM9 khususnya di PMPL Sea Championship Fall 2022.

Abdul Rashid atau dikenali sebagai Draxx didalam arena kompetetif PUBG Mobile ini merupakan pemain esukan profesional Malaysia bagi pasukan SEM9. Malahan Draxx sempat menjadi pemain pinjaman bagi psukan SMG semasa PMPL MY/SG/PH Fall 2022 berlangsung. Sekembalinya Draxx selepas tamat PMPL MY/SG/PH, Dia kini bersama SEM9 semula dan dilantik sebagai Team Analyst didalam Roster pasukan ini.

Antara pencapaian dan pengalaman terbaik Draxx sepanjang bergelar pemain esukan PUBG Mobile ini adalah PMPL MY SG S1, PMPL Sea S1, PMPL MY SG S2, PMNC 2021 dan banyak lagi kejohanan.

Seperti Draxx, Bravo juga merupakan personaliti esukan PUBG Mobile yang tidak asing lagi apabila pernah menjadi Terminator terbaik di minggu 4 PMPL MY SG S2 pada tahun 2020. Malahan Bravo juga sangat berpengalaman kerana pernah menyertai pelbagai kejohanan PUBG Mobile.

Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai Bravo didalam arena esukan PUBG Mobile ini merupakan pemain profesional bagi pasukan SEM9. Bravo sempat menjadi lineup pinjaman bagi pasukan Farang Guerilla semasa di PMPL MY SG PH Fall 2022 yang berlangsung baru-baru ini. Bravo kini kembali ke rumah asalnya iaitu SEM9 dan dilantik sebagai pembantu jurulatih (Assistant Coach) bagi musim ini.

Semoga dengan ada duo terhebat ini dapat membantu SEM9 utk mengecapi kemenangan terutamanya pada kejohanan PMPL Sea Championship Fall 2022 yang kini akan masuk ke minggu kedua esok.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *