MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RSG MY, Rasmi Jadi Open Transfer Divisi PUBG

ai hyprgame
Kongsi
RSG MY, Rasmi Jadi Open Transfer Divisi PUBG

Semalam warganet mendapat info tentang pasukan RSG MY bagi divisi PUBG Mobile secara rasminya telah disenaraikan sebagai barisan Open Transfer.

Pengumuman ini sendiri telah dimuatnaik oleh akaun media sosial rasmi RSG MY yang menyatakan REX, LUK, KIM, BRIAN, RANGER & ATAI secara rasminya berada didalam senarai Open For Transfer bagi divisi PUBG Mobile.

” Kejayaan sesuatu pasukan bukanlah hanya diukur pada sesuatu kejuaraan. Ia boleh dikecapi dengan pelbagai aspek dan perkara.” – RSG MY

RSG MY menyatakan yang kejayaan sesuatu pasukan tidaklah diukur ataupun dinilai dengan kejuaraan di setiap kejohanan, Tetapi ianya dilihat melalui pelbagai aspek dan perkara. Kenangan, memori, pengajaran, latihan dan pengalaman adalah lebih besar daripada trofi juara itu sendiri.

” Kami percaya bahawa kami telah mencapai perkara ini bersama-sama dengan skuad PUBGM kami dari mula kami menyertai arena perang PMPL pada Season 2 hinggalah Season 6.” – RSG MY

Harapan RSG MY semoga perjalanan mereka yang disenaraikan sebagai Open Transfer ini kan terus maju jaya didalam meneruskan perjuangan esukan kompetetif PUBG Mobile.

Untuk pengetahuan anda, RSG dikenali sebagai organisasi esukan yang pertama sekali dibuka di Singapura, Kemudian mereka membuka pejabat keduanya di Malaysia.

Sejak daripada itu, RSG Malaysia ditubuhkan bagi divisi PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang MLBB dan banyak lagi divisi esukan yang lain. Sepanjang penubuhan organisasi ini di Malaysia, RSG MY telah menyertai dan meraih pengalaman dipelbagai kejohanan PUBG Mobile diantaranya seperti menjuarai PMPL MY SG S3, Top 9 PMPL MY SG S4, TOP 6 PMPL MY SG PH Spring 2022 dan lain-lain lagi.

Apakah haluan Rex, Luk, Kim, Brian, Ranger & Atai selepas menjadi Open Transfer?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *