MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Freakout MY Menjuarai MNS Musim 1!

ai hyprgame
Kongsi
Freakout MY Menjuarai MNS Musim 1!

Infinix Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama baharu dengan permainan peranti mudah alih android/ios Mobile Legends Bang Bang MLBB untuk menjadi tuan rumah Mobile Legends Bang Bang Next Star (MNS). Kejohanan ini mengangkat MLBB sebagai esukan kompetetif secara profesional dengan senarai negeri-negeri di Malaysia sekaligus terbuka kepada semua pemain MLBB yang berbakat.

Kejohanan Liga Kebangsaan Grand Final MNS ini telah pun berlangsung pada 1 Oktober 2022 di Level 6, EBN Esports City, Quill City Mall di Kuala Lumpur dan menyaksikan pasukan Freakout MY daripada Kelantan menjadi juara musim pertama.

Kredit : Aimannorani Aimannorani

Pasukan Freakout juga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta 5 unit telefon pintar Infinix Note 12 2023 sebagai ganjaran kemenangan mereka bersaing dengan wakil-wakil negeri lain di MNS 2022 ini.

Untuk pengetahuan anda, barisan yang menyertai Freakout MY juga mereka yang terdiri daripada pasukan Mobile Legends Bang Bang yang profesional iaitu Sonic. Sonic sebelum ini merupakan ahli Team Bosskurr MLBB yang berperanan sebagai Jungler (Loan) pada 3 Ogos 2021 yang lalu. Tidak hairanlah jika Freakout MY mampu menjuarai sehingga ke kejohanan kebangsan MNS musim pertama ini. Tahniah Freakout MY! GG!

Untuk pengetahuan anda, Wakil dari setiap negeri telah berjuang untuk mendapatkan gelaran pasukan semi-professional terhebat di Malaysian dan 3 daripada pasukan ini berjaya melayakan diri ke Grand Finals MNS 2022.

Top 3 teratas bagi acara final ini adalah pasukan daripada Upper Bracket iaitu ELX Esports (Selangor) dan Standin (Sabah). Manakal daripada Lower Bracket ialah Freakout MY (Kelantan).

Kejohanan Grand Final MNS 2022 ini juga dimeriahkan dengan kehadiran XK Penjahat, Fredo Sameon, Daddy Hood dan Erin KARRA Gaming bagi memberi sokongan bersama penonton buat pasukan yang bertanding.

Buat anda yang masih belum tahu tentang Infinix, Infinix Mobile ialah syarikat telefon pintar yang berpangkalan di Hong Kong yang diasaskan pada 2013 oleh Transsion Holdings.

Infinix telah melebarkan sayapnya di Malaysia dengan menjanjikan produk peranti mudah alih yang berkualiti tinggi khas buat golongan muda agar mereka mendapat manfaat kehidupan digital. Rekaan,kandungan, kuasa dan gaya produk Infinix adalah untuk memperkasakan generasi Z agar sentiasa berada dihadapan.

Sehubungan dengan itu, Infinix mengambil tanggungjawab dan langkah yang baik dengan menganjurkan Mobile Legends Bang Bang Next Star MNS sesuai dengan motif syarikatnya.

Menerusi acara ini dapatlah memberikan inspirasi kepada pemain muda dan amatur yang berpotensi untuk maju ke peringkat profesional. Malahan pemain-pemain yang menyertai akan mendapat kemahiran baharu dan pengalaman sepanjang liga kebangsaan ini.

Berketepatan dengan slogan MNS sendiri iaitu “You Are The Next Star!”, Liga ini juga akan melahirkan bakat-bakat baharu didalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Pada masa yang sama, Infinix juga ingin mempromosikan kempen terbaharu mereka iaitu #GameOnzwithInfinix yang menjadi satu platform jenama yang menfokuskan kepada pemain mudah alih yang gemarkan permainan telefon pintar, inovatif dan bergaya.

Selain itu Infinix juga mengadakan Giveaway bagi menghargai sokongan mereka yang menghadirkan diri di Grand Final MNS baru-baru ini. Giveaway yang diadakan adalah terbahagi kepada dua iaitu Online dan Offline dimana pemenang akan mendapatkan pelbagai hadiah menari termasuk peranti mudah alih Infinix sendiri.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *