MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi Thailand Di Minggu 1 PMPL Sea 2022

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi Thailand Di Minggu 1 PMPL Sea 2022

Minggu 1 PMPL Sea Championship Fall 2022 telah menutup tirainya dan menyaksikan pasukan Thailand mendominasi carta Overall Ranking.

Bayangkan kesemua 6 pasukan daripada Thailand merampas carta tertinggi di Top 1 sehingga Top 6. Pasukan Faze Clan, Vampire Esports dan Bacon telah mencecah lebih 200 mata dengan kedudukan Top1, Top 2 dan Top 3 masing-masing. Malahan mereka juga berjaya mendapatkan WWCD yang terbanyak.

Pada 2 pusingan terakhir pasukan daripada Thailand iaitu Faze Clan dan The Infinity berjaya memberikan “firepower” yang pada menerusi bom tangan yang sedikit pun tidak memberikan ruang untuk musuh menembak atau clutch.

Nampaknya pasukan daripada Malaysia harus berkerja keras selepas ini supaya mampu memanjat ke carta tertinggi semula. Ini kerana ramai peminat yang mengharapkan akan ada wakil Malaysia ke Final nanti.

Terkini pasukan Malaysia iaitu SEM9, 4Rivals dan Geek Fam masing-masing berada di posisi yang kurang baik iaitu Top 13, 14 dan 15. Mereka harus menghadapi cabaran dengan lebih baik di minggu hadapan pula.

Pasukan Yoodo The Alliance pula telah jatuh menjunam daripada Top 4 , ke Top 8 di match hari terakhir minggu 1 PMPL Sea Championship Fall 2022. Manakala pasukan yang berjaya masuk ke PMPL Sea Championship Fall 2022 menerusi Sea Play-In, Don’t Break Dreams berada tangga tercorot Top 19.

Kini tinggal baki 2 minggu lagi untuk menentukan siapakah 16 pasukan yang layak ke peringkat Finals pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober nanti sekaligus menjadi juara SEA!

Semoga ada sinar harapan buat kesemua pasukan Malaysia kita untuk berada di tangga teratas. Apa-apapun GG buat mereka di minggu 1 ini dan cuba lagi !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *