MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Skin Exorcists Kagura Dan Yu Zhong Akan Tiba!

ai hyprgame
Kongsi
Skin Exorcists Kagura Dan Yu Zhong Akan Tiba!

Mobile Legends Bang Bang MLBB kini kembali lagi dengan skin exorcist yang baharu iaitu Kagura dan Yu Zhong! Duo ini akan menghangatkan lagi permainanan anda dengan efek visual mereka yang menarik.

Kredit : Mobile Legends Bang Bang

Menerusi teknik visual yang berwarna-warni, kesan bunyi yang kuat dan elemen menarik Exorcist termasuk rama-rama, dunia manusia dan Dark Realm akan memberikan pemain pengalaman yang menakjubkan.

Malahan anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasai sendiri semangat payung “Tokoyo” didalam permainan Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Mobile Legends Bang Bang dan Montoon telah mengumumkan yang skin hebat ini akan tersedia bermula esok pada 3 Oktober 2022. Anda juga boleh mendapatkan skin dengan menerusi ganjaran 10 cabutan pertama sekaligus menambahkan koleksi skin anda.

Kredit : Mobile Legends Bang Bang Malaysia

Untuk pengetahuan, skin ini juga merupakan skin edisi terhad “Limited Time” dan akan menawarkan pemain dengan aksi yang luarbiasa menarik.

Salah satunya adalah kesan visual warna-warni menerusi Seimei Umbrella Open, Yin Yang Gathering yang memperlihatkan rama-ramai sebagai lambang kecantikan Tokoyo.

Selain Rasho Umbrella Flee, Yin Yang Overturn membolehkan Kagura untuk memanggil “Umbrella Spirit Tokoyo” ketika berlawan. Malahan kelebihan ini juga dapat membuatkan pemain menguasai musuh nanti.

Cursing Touch, Dragon Tail, Soul Grip, Furios Dive, Black Dragon Form, dan Idle Action merupakan ciri-ciri lain bagi skin Exorcist ini. Selain itu, Animasi Interaktif Istimewa, Recall Effect, Spawn Effect, Elimination Effect, Animated Avatar Border, Battle Emote, dan Graffiti juga akan ditawarkan kepada peminat MLBB menerusi siri skin terbaharu ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *