MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Konsistensi YALL Top 4 Sehingga Day 4 PMPL

ai hyprgame
Kongsi
Konsistensi YALL Top 4 Sehingga Day 4 PMPL

Nampaknya prestasi beberapa pasukan Malaysia semakin meningkat sejak hari demi hari PMPL Sea Championship Fall 2022 bermula. Salah satu pasukan yang menarik perhatian komuniti esukan kompetetif Malaysia adalah pasukan Yoodo The Alliance (YALL).

Mana tidaknya, sejak mereka berjaya mendapatkan WWCD pertama bagi pasukan Malaysia di hari kedua PMPL Sea Championship Fall 2022 ini. Mereka kekal konsisten berada di kedudukan yang selamat iaitu di tangga Top 4 sehingga ke hari 4 semalam.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Setakat semalam, Yoodo The Alliance berjaya mengekalkan kedudukan di Top 4 sekaligus meraih 65 Elims, Double WWCD, dengan 152 Total skor.

Nampaknya gelaran “the king of suntik” buar AdikLuq benar-benar memberikan auranya tersendiri apabila Yoodo The Alliance meraih WWCD yang kedua kalinya di match ke-2 PMPL Sea semalam. Malahan mereka berjaya meraih 10 Elims dan menolak Faze Clan di pusingan tersebut.

Selain Yoodo The Alliance, pasukan Malaysia yang menjuarai PMPL MY SG PH baru-baru ini iaitu Geek Fam juga berjaya mendapatkan WWCD pertama bagi pasukan mereka. Ini merupakan prestasi yang cemerlangan buat pasukan Malaysia di persada Sea. Malahan Uhigh seorang sahaja berjaya meraih 7 ELIMS dan seolah-olah sudah mulai memberikan persembahan yang sengit di PMPL Sea.

Jika diimbas kembali, pasukan Geek Fam telah bangkit semula memberi tembakan yang cukup padu pada match ke-4 semalam. Malahan ini merupakan perubahan yang amat ketara berbeza dengan hari pertama dimana mereka mendapat 52 point pada beberapa hari yang lalu, tetapi semalam mereka berjaya mendapatkan 53 mata. Geek Fam harus mendapatkan 10 mata lagi sebagai target ke Top 10 hari ini pula. Adakah pasukan ini akan terus konsisten hingga ke akhirnya untuk mengutip mata yang tinggi?

Bagaimana pula dengan 4Rivals yang sehingga sekarang tidak dapat dapat mempertahankan kedudukan mereka di Top 3 pada hari pertama PMPL Sea? Apakah SEM9 dan DBD akan bangkit daripada Top 11 dan Top 19? Semoga pasukan Malaysia ini akan bangkit di hari penutup minggu 1 PMPL Sea!

Setakat ini pasukan Thailand masih mengagahi Overall Ranking apabila berada di Top 3 PMPL SEA dengan WWCD yang diraih oleh Vampire Esports sehingga mereka berada di Top 2.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *