MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Valorant Mobile Akan Dilancarkan?

ai hyprgame
Kongsi
Valorant Mobile Akan Dilancarkan?

Sejak beberapa hari ini sudah tersebar tentang khabar angin yang menyatakan Valorant versi Mobile akan dilancarkan tidak lama lagi pada tahun 2022.

Kredit : Valorant Mobile

Salah satu keluaran yang dinantikan daripada Riot Games kepada komuniti esukan adalah Valorant versi mobile android/ios. Sebelum ini Riot Game pernah membuat pengumuman pada tahun 2021 tentang kemajuan Valorant didalam pembangunannya bagi versi mobile ini.

Industri esukan kini semakin bercambah dengan kedatangan versi-versi mobile (android/ios) bagi permainan hebat yang setara dengan Valorant. Ianya sudah menjadi seperti satu “trend” bagi mengembangkan lagi permainan tersebut kepada penggemar esukan seluruh dunia. Sebelum ini Riot Game sendiri telah melancarkan versi peranti mudah alih kepada produknya iaitu League of Legends : Wild Rift. Nampak gayanya, Valorant juga akan mengikuti langkah seperti Wild Rift?

Sejak pengumuman ini, pelbagai maklumat mengenai ramai pemain yang bertuah telah pun berpeluang menguji versi Mobile ini walaupun ianya masih didalam tempoh pembangunan. Tambahan lagi selepas tamatnya kejohanan Valorant Champions 2022 di Istanbul baru-baru ini, data menunjukkan yang ramai menjumpai Valorant Mobile di Google Play.

Kredit : Highlander Do Rage

Buat masa sekarang, Valorant yang kita boleh lihat di Apps Google Store bukanlah senarai yang biasa dan anda mungkin tidak dapat melihat senarai atau carian Valorant jika anda tidak set kan kepada kawalan ibubapa. Ini kerana Valorant Mobile masih berada didalam tempoh ujian dibawah NDA.

Projek-projek dibawah NDA ini adalah dilindungi supaya pemain yang cuba akses ke versi mobile tidak dapat membocorkan rahsia produk ini kepada umum sehinggalah versi rasmi dikeluarkan.

Kredit : athulmessi

Jadi setakat yang kita ketahui adalah tangkapan skrin berkenaan permainan ini di Google Apps Store, Ujian Beta China yang sedang menunjukkan apa yang pemain akan dapat menerusi versi peranti mudah alih ini.

Setakat ini memang tidak ada cara untuk mendaftar versi ujian ini dan kemungkinan mereka yang telah menggunakan versi Beta ini mungkin hanyalah pemain yang bertuah dipilih oleh Riot Games sebelum ini.

Riot Games menjangkakan yang versi ini akan dikeluarkan pada pertengahan 2022 atau 2023 yang bakal membuka tirai beberaapa bulan sahaja lagi. Ini merupakan misi yang ingin dicapai oleh Riot Games sendiri pada tahun ini bagi versi Beta terbuka.

Kebiasaaanya versi Beta hanya boleh dimainkan didalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh pembangun sendiri. Mereka akan melihat maklum balas pelanggan, isu teknikal seperti bug, dan lain-lain lagi sebelum melancarkan Valorant Mobile secara rasmi.

Riot Games juga nampaknya merancang untuk mengeluarkan Valorant Mobile di Asia Tenggara terlebih dahulu seperti memgikuti jejak langkah Apex Legends Mobile sebelum ke pasaran yang lebih Global.

Setakat ini belum lagi ada pengumuman berkenaan kenyataan Riot Games mengenai tarikh mereka akan mengeluarkan Valorant Mobile. Tetapi peratus untuk versi ini dilancarkan amatlah tinggi berikutan sambutan orang ramai terhadap permainan ini sendiri. Ini kerana banyak yang perlu dilakukan sebelum Valorant Mobile dilancarkan seperti patch update, maintenance, Agents dan lain-lain lagi.

Jadi apa pendapat anda mengenai Valorant Mobile yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *