MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Recap, SMG Bangkit Tumpaskan Homebois Dengan 2-0

ai hyprgame
Kongsi
Recap, SMG Bangkit Tumpaskan Homebois Dengan 2-0

Jatuh sekali tidak akan bermakna kita jatuh selamanya, akhirnya penantian komuniti esukan untuk melihat Team SMG MY bangkit semula berjaya apabila pasukan ini menumpaskan Homebois dengan kombo Johnson dan Kadita dalam perlawanan semalam.

Satu penutup yang baik buat pasukan ini di minggu ke-7 MPL MY S10 ini. kombo Johnson dan Kadita yang sangat berpihak kepada Team SMG memberikan skor 2-0 saat menentang Homebois semalam.

Pasti ramai yang tidak dapat menjangkakan yang Xorn mampu mengelirukan pihak lawan dengan sebegitu rupa. Sebelum ini scene esukan kerap kali ditoksikan dengan komen-komen negatif tentang kehadiran Xorn akan memberikan kekalahan kepada pasukan SMG.

Walaubagaimanapun sangkaan mereka itu meleset apabil Xorn berjaya membuktikan dengan persembahan permainannya yang menarik.

“Kekuatan penyokong dan peminat kami yang sentiasa percayakan kami telah memberikan kami semangat dan kemampuan untuk bangkit semula dengan 2-0 melawan Homebois. Terima kasih semua diatas sokongan yang tak pernah habis.” – SMG MY

Terkadang segalanya tidak seperti apa yang kita rancangkan, Team SMG tidak menjadikan kesilapan sebelumnya untuk berputus asa. Malah mereka mengambil inisiatif untuk belajar daripada kesilapan dari segi teknikal, komunikasi dan lain-lain lagi aspek didalam corak permainan mereka.

Untuk pengetahuan anda, selain Team SMG vs Homebois semalam. MPL MY S10 minggu 7 juga telah menyaksikan pertemuan antara Todak vs RED Esports dan RSG vs Orange Esports.

Pasukan Todak berjaya mengalahkan RED Esports yang dihadirkan Dragon sebanyak skor 2-1 setelah kalah di Game 1. Sesuai dengan gelaran si Raja Comeback apabila berjaya menambah skor di Game 2 dan Game 3. Seperti biasa 4Meyz bijak memilih Dyroth untuk menguatkan out play dan mekanik yang amat tinggi sehingga memberikan Todak peluang untuk menang.

Manakala RSG MY tumpas ditangan Orange Esports dengan skor 0-2 setelah Valenz memberikan damage yang amat banyak kepada mereka. Malah Valenz juga telah dinobatkan sebagai MVP Of The Day kerana peranannya sebagai Gold Laner yang terhebat di Malaysia. Valenz mempunyai build marksman dengan full damage, ini menjadi antara kekuatan Valenz didalam pasukan Orange Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya