MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MBOR, Tahniah MPL MY! Kejohanan Esukan Paling Lama

ai hyprgame
Kongsi
MBOR, Tahniah MPL MY! Kejohanan Esukan Paling Lama

Akhirnya impian menjadi kenyataan, bermula dengan hanya sekadar mencuba dan gurauan impian untuk komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB untuk mendapat anugerah Liga Profesional Paling Lama Dalam Sejarah E-Sukan Malaysia daripada Malaysia Book Of Records.

Masih ingat tak lagi yang sebelum ini komuniti MPL MY telah memuatnaik satu hantaran untuk memohon daripada Malaysia Book of Records.

Akhirnya dengan sokongan peminat dan penyokong MPL MY, Mobile Legends Bang Bang telah dianugerah sebagai Liga Profesional Paling Lama Dalam Sejarah E-Sukan Malaysia oleh Malaysia Book Of Records.

Menerusi muatnaik hantaran MPL MY mengumumkan yang komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB ini telah pun tersenarai didalam Malaysia Book Of Records.

Bagi yang masih tidak tahu atau yang baru sahaja melangkahkan kaki di arena esukan MLBB ini, MPL MY merupakan Liga Profesional Malaysia bagi divisi Mobile Legends untuk mengetengahkan esukan ini di peringkat yang tinggi.

Bermula dengan MPL MY SG pada tahun 2018 yang membawa dua negara iaitu Malaysia dan Singapura didalam satu kejohanan. Kini MPL MY menjadi legasi terbesar dengan nama Malaysia sendiri sehingga telah memasuki ke musim 10. Pelbagai cabaran, rintangan, pengalaman dan kejayaan telah dilalui oleh komuniti MPL MY sehinggalah ke hari ini.

Untuk pengetahuan, penyampaian anugerah MBOR ini akan berlangsung di peringkat Playoff yang dijangka bermula pada 13 Oktober 2022 sehingga 16 Oktober 2022.

Malaysia Book Of Records juga telah memuatnaik satu hantaran berkenaan penganugerahan ini, mereka melihat yang MPL MY telah mencapai fasa pembangunan yang membanggakan dan prestasi yang luar biasa.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat meningkatkan lagi pembangunan industri esukan di Malaysia ! Tahniah!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *