MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Direct Invite, Talon Esports Mengunci Slot Ke TI11

ai hyprgame
Kongsi
Direct Invite, Talon Esports Mengunci Slot Ke TI11

Acara kelayakkan ke TI11 susah semakin hampir ke penghujungnya apabila kedua-dua pasukan daripada Asia Tenggara (SEA) dan Eropah Barat (WEU) mula menobatkan juara serantau mereka. 

Bagi wilayah SEA, kita telah menyaksikan Talon Esports bertemu Polaris Esports yang berjaya menewaskan barisan superstar T1 diawal pertandingan. 

Walaubagaimanapun, kekuatan mereka tidak dapat bertahan apabila Talon Esports berjaya menewaskan mereka dengan skor 3-2 di pusingan kelayakkan tersebut.

Menerusi prestasi ini membolehkan Talon Esports layak untuk mendapatkan jemputan terus ke Peringkat Kumpulan TI11 daripada kelayakan serantau sekaligus menjadi pasukan kelima terbaik daripada lima kemenangan ketika bertembung Polaris Esports.

Kredit: NoobfromUA

Recap perlawanan antara Talon Esports dan Polaris amatlah sengit sejak permulaan match pertama apabila Polaris cuba mendominasi dengan memberikan damage Pudge’s Aghanim’s. Ini membuatkan Polaris mengunci kemenangan mereka daripada lima pemain terbaik.

Memasuki match kedua, Talon bangkit semula dengan Slark 23savafe dan Pangolier Mikoto dan menghentikan permainan selepas minit ke 37 walaupun Polaris ketika cuba untuk menghalangi mereka.

Ibarat pertumpahan darah, kedua-dua pasukan ini mula bermain secara agresif di match yang ketiga di “Draft Phase” sehinggalah selepas 15 minit perlawanan Polaris mendapat kelebihan meraih lebih banyak kemenangan menerusi Doom dan Lina yang seringkali menggunakan hero Talon satu demi satu. Ini membolehkan Polaris sekali lagi berjaya menamatkan permainan di minit 44 dan mempunyai baki satu lagi perlawanan sebelum terus ke peringkat kumpulan TI11.

Nampaknya permainan ke-4 sepenuhnya memihak kepada Talon kerana berjaya mendominasi dengan penuh kekuatan sehinggalah memasuki minit ke 20 mendapati Talon Esports mempunyai kelebihan 10k sekaligus menjadikan Roshan pertama pada perlawanan tersebut.  Akhirnya, Talon Esports menutup Permainan Empat selepas 38 minit hasil persembahan cemerlang daripada Marci dari Kpii dan Invoker Mikoto.

Akhirnya, Talon Esports memilih untuk menggunakan Doom carry untuk 23savage, Pangolier untuk Mikoto dan Visage untuk Kpii sebagai barisan kuatnya. Ini menyebabkan tindakan Polaris yang cuba untuk menumpaskan Talon Esports pada draft tersebut gagal kerana Talon Esports terlebih dahulu berjaya mendahului mereka sebagai juara SEA regional qualifiers.

Kejayaan mereka di BO5 telah menjadikan Talon Esports dinobatkan sebagai pasukan nombor satu Kelayakan Serantau SEA sekaligus menerima jemputan terus ke Peringkat Kumpulan TI11. Manakala Polaris Esports mendapat peluang kedua (terakhir) menyertai T1 di peringkat Kelayakan Peluang Terakhir (Last Chance Qualifier) untuk ke TI11 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *