MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Bangkok, Tuan Rumah FFWS November 2022

ai hyprgame
Kongsi
Bangkok, Tuan Rumah FFWS November 2022

Free Fire World Series akan kembali lagi pada November 2022 dan bertempat di rumah sang Juara sebelumnya iaitu Attack All Around (FFWS 2022 Sentosa) dan EVOS Phoenix atau dahulunya dikenali dengan nama Phoenix Force (FFWS 2021 SG).

Kredit : PinoyTechSaga

Kejohanan siri dunia yang terkemuka ini akan berlangsung pada 25 November (Play-ins) dan Finale pada 26 November 2022 ini. Ini merupakan edisi ke-4 FFWS yang dinantikan oleh seluruh komuniti esukan khususnya Garena Free Fire.

Menerusi kejohanan ini kita akan melihat pasukan-pasukan esukan terbaik dunia bagi divisi Free Fire beraksi secara kompetetif merebut hadiah terkumpul berjumlah $2,000,000 USD.

Peringkat kelayakkan bagi melayakkan diri ke FFWS akan bermula pada bulan hadapan di beberapa buah regional dunia, dan pasukan Top akan berpeluang menjadi yang terbaik sebagai Juara FFWS Bangkok 2022 nanti.

Kredit : Free Fire Esports Official

Untuk pengetahuan anda, edisi FFWS 2021 telah mendapat rekod jumlah tontonan tertinggi sebanyak 5.4 juta di pusingan akhir daripada pelbagai platform media sosial.

Pasukan Phoenix Force dari Thailand telah dinobatkan sebagai juara FFWS 2021 SG dan membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul AS$2,000,000.

Manakala siri yang ketiga FFWS yang berlangsung di Sentosa, Singapura pada 14 Mei (Play-Ins) dan peringkat Finale pada 21 Mei 2022 yang lalu.

FFWS Sentosa yang lalu juga telah menyaksikan wakil Malaysia Todak bersaing di peringkat Play-Ins selepas berjaya melepasi MCPS Majors yang lalu. Malahan pasukan Farang Esports daripada Malaysia juga berjaya ke peringkat Finals dan menduduki tangga ke-9 bagi kejohanan tersebut. Walaubagaimanapun, kekuatan dan kebolehan pasukan daripada Thailand telah meletakkan Attack All Around sebagai juara pada edisi FFWS 2022 Sentosa.

Bagaimana pula dengan edisi ke-4 FFWS Bangkok 2022 ini? pasukan Malaysia manakah yang akan bersaing ke Play-Ins dan melayakkan diri ke Finale nanti? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Saat ini MCPS Majors musim ke-4 masih lagi berlangsung dan akan memasuki minggu ke-3 pada hujung minggu ini. Pasukan Geek Fam Free Fire juga menunjukkan prestasi yang baik dan konsisten pada akhir minggu 2 MCPS Majors ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *