MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Teruja Dengan Item Di In-Game Mystery Madness Event?

ai hyprgame
Kongsi
Teruja Dengan Item Di In-Game Mystery Madness Event?

Kali ini Mystery Madness Event Garena Free Fire akan menawarkan pelbagai In-Game Item yang menarik sempena sambutan 5 tahun Garena Free Fire.

Acara Mystery Madness ini juga diadakan seiring dengan sambutan Garena Free Fire yang telah sampai kepada tahun ke-5 bersama dengan komuniti esukan.

Seperti acara-acara sebelum ini, peserta mestilah mematuhi keseluruhan jadual dan misi yang diberikan untuk melayakkan diri memenangai hadiah percuma yang hebat. Oleh itu pemain digalakkan untuk bermain sepanjang acara berlangsung untuk berpotensi menjadi pemenang sekaligus dapat mengumpul koleksi didalam permainan mereka.

Untuk pengetahuan, Mystery Madness Event ini telah pun bemula sejak semalam 14 September 2022 dan akan berakhir sehingga 27 September 2022. Anda juga diberikan masa yang mencukupi untuk bermain disamping mendapatkan “Free Goodies” yang hebat nanti.

Kredit : jt120651

Oleh itu anda akan melalui pelbagai “Mystery Event” sepanjang tarikh tersebut seperti Mystery Madness Web Event, Login Rewards, Headshot Challenge, Level Up Your RS Rank, New Season, Login, Play Nexterra In CS, dan Booyah Challenge.

Setiap kandungan acara tersebut mengarahkan pemain untuk menyelesaikan misi yang berbeza-beza untuk menebus ganjaran dan hadiah yang lumayan. Acara-acara ini telah ditetapkan pada jangka masa (tarikh) yang tertentu, malahan ada juga yang telah pun bermula sejak semalam 14 September. Jadi pastikan anda rajin untuk melayari Garena Free Fire di media sosial rasmi mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan acara-acara ini.

Lebih menarik lagi, Garena akan mengembalikan semula “Comeback” semua item yang diidamkan dan luar biasa khas buat pemain Garena Free Fire. Garena Free Fire OB36 baharu juga sudah hampir tiba setelah dikemaskini dan pastinya pemain akan menikmati pelbagai ciri baharu, ganjaran, dan banyak lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *