MEMUAT

Taip untuk mencari

Riot Games Naik Taraf, Fokus Mobile Game

ai hyprgame
Kongsi
Riot Games Naik Taraf, Fokus Mobile Game

Nampaknya Riot Games kini lebih serius untuk meningkatkan kualiti permainan peranti mudah alih seperti android dan ios bagi pasaran di China.

Bagi meraikan setahun pembangunan terbesar, Riot Games akan menaiktaraf (Upgrade) studio divisi China untuk melakukan R&D Research And Development (Penyelidikan Dan Pembangunan) yang menfokuskan kepada permainan peranti mudah alih (Mobile Games).

Kredit : Daniel Ahmad

Salah seorang penggiat Riot Games juga mengumumkan yang mereka akan melakukan perubahan yang besar buat syarikat ini didalam menghasilkan produk permainan yang berkualiti.

Malahan, ianya juga akan merangkumi pasukan-pasukan yang bergiat didalam penyelidikan dan pembangunan projek ini.

League of Legends, Valorant dan Wild Rift antara permainan hebat Riot Games yang akan dinaiktaraf dengan pelbagai kelebihan, mahupun teknologi tinggi.

Kredit: Big Bad Bear

Selain permainan yang sedia ada didalam pasaran Riot Games ini, mereka dikhabarkan akan membina dan mewujudkan permaianan peranti mudah alih yang lain khas buat peminat Mobile Games.

China menjadi negara pilihan Riot Games untuk melakukan projek ini kerana impak yang besar diberikan menerusi permainan PUBG Mobile dan Honors Of King menjadi kegilaan komuniti esukan.

Semoga projek ini akan memberikan 1001 perubahan buat permainan peranti alih untuk lebih berkualiti dan punyai standard sesuai yang dengan kejohanan antarabangsa divisi esukan ini.

Jika anda diberi peluang, apakah perubahan yang anda ingin lakukan kepada permainan peranti mudah alih di Malaysia?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *