MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Prestasi Geek Fam Memuaskan Hari Ke-2 MCPS

ai hyprgame
Kongsi
Prestasi Geek Fam Memuaskan Hari Ke-2 MCPS

Semalam MCPS Free Fire telah melepasi hari keduanya dengan prestasi yang baik oleh Geek Fam. Daripada Top 11, Geek Fam berjaya terus maju ke Top 5 di akhir perlawanan semalam.

Untuk pengetahuan anda, Geek Fam berjaya memintas AV Radicals (Filipina), Farang (Malaysia), Expand (Malaysia), Axis Esports (Malaysia), Blacklist International (Malaysia), Pando EWG (Malaysia), Saf (Filipina), SEM9 (Malaysia), Todak (Malaysia), dan Anxiety (Filipina) yang membelakangi mereka pada hari pertama MCPS.

Kredit : Garena Free Fire MY

Syukurlah di hari ke-2, Geek Fam terus bangkit mendadak dengan berada di Rank 5 sekaligus mendapatkan Total Points sebanyak 198, 87 Total Kills, 111 Rank Points dengan 1 Booyah.

Prestasi Geek Fam Memuaskan Hari Ke-2 MCPS
Kredit : Geek Fam Free Fire

Apakah Geek Fam akan terus mara ke Top 1 di perlawanan berikutnya ? Semoga Geek Fam mampu membuat Comeback di minggu ke-3 MCPS nanti.

Kredit : Liquipedia

Di minggu ke-2 (Day 2), Geek Fam akhirnya berjaya menghampiri Axis Esports, Expand, Farang Esports, dan AV Radicals sekaligus meninggalkan pasukan Todak, dan Blacklist International dibelakang mereka.

Bagi anda yang belum mengetahui tentang MCPS, MCPS merupakan gabungan Malaysia, Cambodia, Philippines (Filipina), dan juga Sri Lanka yang akan bertarung didalam satu divisi esukan iaitu Free Fire (MCPS).

Kejohanan ini telah pun memasuki musim yang ke-4 dengan 12 pasukan daripada keempat-empat wilayah akan bersaing dengan sengit bagi mendapatkan gelaran juara MCPS Majors Season 4 sekaligus membawa pulang prize pool terkumpul sebanyak USD 70,000.

Bersempena acara ini, Garena Free Fire juga akan menawarkan ganjaran hadiah kepada komuniti dan peminat MCPS yang tidak henti menyokong kejohanan ini sehingga hari ini. Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan menonton pertandingan yang diadakan secara live menerusi Facebook Free Fire untuk mendapatkan peluang menuntut kotak loot percuma Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya