MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran Kejohanan Circuit 4 MyLadies 2.0 Dibuka

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran Kejohanan Circuit 4 MyLadies 2.0 Dibuka

CIRCUIT 4 KBS MYLADIES PUBGM 2.0 CHAMPIONSHIP 2022 kini dibuka lagi untuk pendaftaran. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Dengan kerjasama MESF (Malaysia Esports Federation).

Acara ini mengkhususkan bagi divisi esukan kategori squad dan solo. Kejohanan ini mengkhususkan kepada penyertaan wanita untuk mengasah bakat mereka didalam arena esukan.

Menerusi media Facebook MESF, terdapat 6 pasukan dan 32 peserta solo yang telah bermain di Circuit 1 dan Circuit 2 berjaya melayakkan diri untuk mara ke Grand Finale.

Untuk pengetahuan anda kejohanan ini telah dibuka kepada 128 pasukan dan 280 peserta solo. Pendaftaran adalah percuma, jadi apa tunggu lagi ? Inilah masanya untuk anda beradu tenaga dengan orang lain didalam arena kompetetif ini.

Mungkin anda peserta atau pasukan yang seterusnya akan ke Grand Final? Untuk pendaftaran, anda boleh klik pada pautan yang dimuatnaik oleh MESF menerusi platform media sosial mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya