MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi LTX MY Bersama Tier One Entertainment

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi LTX MY Bersama Tier One Entertainment

Team Lunatix telah pun memuatnaik satu hantaran tentang pengumuman organisasi LTX Integerated Malaysia akan berkolaborasi dengan organisasi yang menjaga Blacklist International PH iaitu Tier One Entertainment bagi meluaskan pasaran esukan khususnya Mobile Legends Bang Bang di Malaysia.

Berikutan kemajuan syarikat ini yang sudah mula berkembang di Malaysia, Tier One Entertainment mengambil peluang untuk mencuba pasaran di Malaysia. Tambahan lagi Tier One Entertaiment dan Blacklist International juga mempunyai peminat dan orang-orang yang menginspirasikan mereka di Malaysia.

Team Lunatix ( dahulunya dikenali sebagai Team Lemah) adalah pendatang baharu yang pertama kalinya mempunyai debut mereka didalam MPL MY S10. Sebelum ini pasukan ini sudah beberapa kali ingin cuba melangkahkan kaki ke MPL MY selama beberapa musim di peringkat kelayakkan, namun begitu tuah Team Lunatix terserlah pada musim ini.

“LTX Integrated Malaysia is partnering with esports entertainment platform ASCEND by Tier One Entertainment. This partnership will be bringing more opportunities to connect both established and aspiring Malaysian esports and gaming talents and players across the Southeast Asian region.” – Team Lunatix/LTX Integrated Malaysia

“LTX Integrated Malaysia akan mengadakan kerjasama dengan platform hiburan esukan ASCEND oleh Tier One Enterntaiment. Usahasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk menghubungkan kedua-dua bakat dan pemain esukan Malaysia yang sudah profesional dan berimpian besar di seluruh rantau Asia Tenggara.” – Team Lunatix/LTX Integrated Malaysia

Kerjasama ini pastinya akan melibatkan dua aspek perniagaan iaitu industri esukan dan juga sebagai landasan bagi melahirkan bakat-bakat baharu demi kemajuan masa depan esukan dinegara ini nanti.

Untuk pengetahuan anda, Tier One Entertaiment juga mempunyai divisi Blacklist International Malaysia bagi esukan kategori Free Fire. Apakah mungkin selepas ini Blaclist International Malaysia akan mewujudkan divisi MLBB MY pula bagi scene esukan di negara ini?

Bagaimana pula dengan Team Lunatix daripada Malaysia nanti? Setakat ini mereka sedang giat menceburi pasukan esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB MY. Apakah selepas ini mereka akan menubuhkan divisi permainan esukan yang lain pula?

Komuniti esukan juga nampaknya teruja kerana merasakan akan ada kemungkinan yang pemain Blacklist International PH akan diimport sebagai pinjaman untuk memasuki divisi pasukan MLBB MY pada musim berikutnya nanti?

Walaubagaimanapun, setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman untuk mendapatkan kenyataan tentang kandungan yang lebih terperinci berkenaan usahasama dua benua ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya