MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi Diteruskan Buat Kedua Kali Bersama Bunga

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Diteruskan Buat Kedua Kali Bersama Bunga

Ingat lagi tak kita tentant kolaborasi baru-baru ini antara Free Fire dan penyanyi rap terkenal Bunga? Semalam Free Fire memuatnaik satu hantaran berkenaan kolaborasi kedua mereka bersama Bunga.

Nampaknya, Free Fire akan meneruskan kolaborasi dengan Bunga khas buat peminat dan penyokong Free Fire khususnya di Malaysia ini.

Kolaborasi kedua ini akan dilancarkan pada 16 September 2022 dan setakat ini Free Fire belum lagi mengumumkan info lebih lanjut berkaitan acara, ganjaran, aktiviti dan lain-lain lagi berkaitan kolaborasi kedua ini. Jadi peminat harus sabar menantikan sebarang berita terkini dengan mengikuti laman sosial Garena Free Fire Malaysia.

Kredit : Free Fire MY

Untuk pengetahuan anda, kolaborasi pertama Bunga X Free Fire ini telah diadakan pada bulan Julai 2022 bagi tema Free Fire Untuk Semua Keadaan (Free Fire For All Circumstances), dimana mengetengahkan isu perbezaan tidak akan menghalang kita untuk berkongsi minat yang sama.

Berjuang bersama-sama dengan penuh gaya saat pertempuran di Free Fire akan meningkatkan dan mengeratkan kerjasama didalam pasukan. Malahan dapat menunjukkan skill permainan anda yang tersendiri. Itulah apa yang ingin diketengahkan oleh Free Fire menerusi kempennya bersama Bunga di kolaborasi mereka yang pertama.

Kredit : Free Fire MY

Lebih menarik lagi Free Fire juga telah melancarkan filem pendek FF bersempena Bunga X Free Fire iaitu “FF Untuk Semua Keadaan.”

Sambutan yang amat baik daripada peminat dan penyokong Free Fire ini telah menjadikan impian satu kenyataan apabila kolaborasi ini akan diteruskan buat kali kedua. Jadi apa agaknya yang akan ditawarkan buat peminat Free Fire nanti ya?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *