MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TI11, Forev Tidak Lagi Menjadi Jurulatih Talon Esports

ai hyprgame
Kongsi
TI11, Forev Tidak Lagi Menjadi Jurulatih Talon Esports

28 Ogos 2022, Talon Esports bagi divisi Dota 2 telah pun mengumumkan akan pengunduran jurulatih mereka iaitu Forev yang tidak akan lagi meneruskan perjuangan buat TI11 di Singapura nanti.

Forev atau nama sebenarnya Lee Sang-don merupakan jurulatih dan juga kapten yang berasal daripada Korea Selatan ini berpengalaman bagi divisi esukan Dota 2.

Pernah juga menjadi pemain sebelum beralih kepada peranan sebagai seorang jurulatih bagai pasuakn Talon diusianya 30 tahun. Selain itu, Forev juga pernah bermain dengan T1 pada tahun 2019-2022, dan Omega Esports pada tahun 2021 sebelum bersama Talon Esports sejak Februari 2022 yang lalu.

Walaupun Talon sempat mara ke kejohanan antarabangsa tahun ini iaitu PGL Arlington dan ESL One Malaysia 2022 , mereka tidak mencapai target yang seperti diharapkan kerana hanya berada di ketiga terbawah buat kedua-dua acara ini.

Oleh yang demikian bersama-sama Talon, Forev juga membuat keputusan untuk mengundurkan dirinya menjadi jurulatih pasukan ini kerana tidak mampu melakukan yang terbaik buat pasukan ini.

TI11 yang akan berlangsung di Singapura sudah semakin menghampiri dan sudah tentu Talon Esports perlu mempercepatkan pencarian mereka mendapatkan jurulatih baharu untuk mengantikan Forev yang tidak lagi bersama mereka.

Talon Esports mungkin ingin beradaptasi dengan jurulatih baharu agar pasukan ini punya idea yang lebih baik bagi menghadapi saingan di kelayakkan SEA nanti.

Ini merupakan tempoh yang amat penting buat Talon Esports kerana pusingan kelayakan TI11 (The International 11) belum lagi dilalui oleh mereka sebelum dijemput ke Singapura nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *